Sunday, August 15, 2021

Pengalaman bersalin di Hospital Penawar Pasir Gudang

 Assalamualaikum semua pembaca.

Rasanya dah bertahun tak update blog. Ni pun baru ada masa sikit untuk menulis sebab baru start cuti bersalin. Hehe. Tak sangka dah masuk 3 anak dah. Haha. Bersalin kali ni alhamdulillah dipermudahkan lagi sekali berkat doa2 dari insan2 rapat. Okay jom aku share pengalaman bersalin di hospital swasta yang bernama hospital penawar pasir gudang. Memang mulanya aku nak bersalin kat government je tapi memandangkan situasi dan keadaan sekarang yang dah cecah 20k kes covid tiap2 hari, aku dan husband ambik langkah drastik untuk bersalin kat private.

Firstly, mase aku duk serabut memikirkan nasib aku macam mane time bersalin nanti,aku survey2 hospital private yang paling dekat dengan umah aku. Taman Seri Saujana ni walaupun daerah Kota Tinggi tapi da sempadan JB dah sebab dekat dengan Tiram. Beberapa hospital aku senaraikan, columbia asia tebrau(hospitak tak jadi nak beranak nufa dulu) kpj pakar puteri, kpj pasir gudang dan hospital penawar. aku riki2 setiap 1 hospital ni tanya harga dan doktor, pikir2 dari segi kemampuan dan darjah ketersampaian yang paling singkat ialah hospital penawar pasir gudang. masa tu aku dah 37week tapi aku try jugak sebab aku alhamdulillah kali ni pun takda masalah. aku ada bace at least kena ada check up kat private hospital sebelum bersalin.

Aku try message chat kat fb hospital penawar bertanyakan pasal pakej. oh sebelum tu memang aku da siap2 bincang dengan husband pasal kewangan apa semua. aku pilih dr hasmah untuk doktor yang menyambut kelahiran. 29 julai lepas aku 1st check up dengan dr hasmah. MasyaAllah lemah lembut je doktor nya. Aku suka sebab teringat terus mak kat kampung yang dah berbulan tak jumpa. Huhu. Pandemik covid ni jahat betul, banyak bikin aku stress! 

Berbalik kepada my 1st check up dengan dr asmah, aku da masuk 37w2d masa tu. Dia check detail pasal baby, berat da cecah 3kg masa tu. Best dengar penerangan dia, yelah sebab berbayar kan, bagi aku worth it la dengan bayaran nye, rm270 untuk 1st check up. Then dia bagi date 9.8 untuk next appointment kalau belum bsalin lagi. Aku agak baby adkan kuar sama macam nael dan nufa dulu. Rupanya keagakan aku meleset. Datang la sekali lagi date 9.8 tu dan dr asmah cek laluan terus dan bagi date serah diri 11.8 iaitu due date baby. Punya la aku pujuk2 baby cepat la keluar kalau nak bsalin sini. Hehe. Aku takut kalau kena paksa kuar kena tambah duit lagi. Haha. 

Tiba hari 11.8 . Dr hasmah pesan datang malam lepas isyak. Aku sepanjang hari tu tak duduk diam, sebab nak jugak baby kuar sebelum malam. Haha. Lunch tu aku tringin siakap stim dengan tom yam. Tengah2 makan tu aku rase macam ada sakit. Aku terus bagitau husband mintak mentua aku datang untuk jaga nael dan nufa. jam 3.30 kami gerak dari rumah dan sampai hospital jam 4.15 petang. Sampai je lepas daftar kena swab test dulu. dapat result dalam pukul 5 dan terus masuk labour room🙂

Time tunggu result swab tu aku da mula rase sakit makin kerap, 5/10 dah tahap kesakitan time tu. Masuk je labour room, jam 5.15 petang misi terus check bukaan dah 6cm. Aku pun terkejut,cepat jugak. Suami ada kat sebelah, alhamdulillah memang aku nak dia ada since mak abah tak dapat ada bersama aku kali ni,huhu. Bila dah nak masuk maghrib tu aku rase makin sakit dan mula nak meneran. Maka bermula lah adegan bersalin, alhamdulillah jam 7.53 malam aku selamat bersalin puteri ke2 kami. Kak Nupa dah ada geng la lepas ni. Terus aku terbayang Nael dan Nufa kat rumah. Syukur nikmat. 

Aku bersyukur sangat dipermudahkan juga untuk bersalin kali ni. terima kasih sangat2 pada suami yang sentiasa ada di sisi. Sebab tahun lepas masa bersalin Nufa kat HOSHAS suami tak dapat masuk sebab pkp. Terima kasih jugak kepada Dr Hasmah, nurse2 yang banyak membantu. Aku memang recommend Dr Hasmah kat Hospital Penawar ni. Tapi aku da nekad ni yang bongsu. Haha. Tuu jelah pengalaman bersalin kali ni. Owh tentang bayaran, jeng3 total semua sebab aku normal+vaccum+upgrade bilik single rm3739 which aku rase sangat2 worth it. Rezeki masing2 sebenarnya pengalaman bersalin ni. Kepada ibu2 yang tengah mencari2 private hospital untuk bersalin, bolehlah cuba riki2 kat sini dan pilih Dr Hasmah ye. Bye2.

Wednesday, December 19, 2018

Ao Nang, Krabi again!

Assalammualaikum buat semua pembaca.

Rasenye dah lama betul tak menulis ni. Lepas kahwin dan bersalin belum sempat pun nak menulis. Huhu. Anak aku skang da masuk 1 tahun 2 bulan dah pun. Kejap je mase berlalu kan? Okay lah, kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku dan suami 1st time bawak anak melancong naik flight. Destinasi dituju tak jauh pun, Krabi je. Sebab aku rase Krabi je okay untuk liburan bagi baby dan mak baby yang tak pandai sangat lagi nak handle anak macam aku ni haa..Haha..

Okay jom mula crita. Aku booking tiket kat airasia tak lah awal dan tak lah lewat sangat. Harga pun tak lah rendah macam aku pegi time bujang dulu. Untuk tiket 2 dewasa dan 1 baby total rm795 return. Mahal sebab aku pilih hot seat sebab konon cepat dapat masuk dalam kapal terbang. Haha. Memang paling awal kiteorang masuk dan terus duduk kat seat. Anak aku si Nael time tu dah lembik2 nak tido dah. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi Nael memang takde masalah langsung sebab dia tido je sepanjang perjalanan.



Baik aje tido
Perjalanan mengambil mase 1 jam 20 minit sahaja. Sampai je Krabi International airport, dah ada driver yang menunggu kami. Untuk tempahan driver tuu, boleh email kat hotel yang kita menginap, aku pilih MITI hotel, lokasi nye taklah dekat dan tak lah jauh dari pekan ao nang tu. Harga teksi ialah 500bhatt dari airport ke muka pintu hotel. Kira okay hotel ni sebab ada pekerja yang pandai cakap melayu. Motor pun kami sewa dari hotel jugak, harga 250 bhatt untuk 24 jam atau 1 hari. Minyak pulak kami isi penuh 90bhatt, tapi tak abes pun, untung benar penyewa tu. Owh lupa MITI hotel tu aku tempah 2 malam rm310.72 melalui agoda.com

Sampai je hotel terus tido kejap, Nael pun nak berehat2 dulu. Perut dah lapar baru kami start motor cari makan. Kami makan kat Malaysia-Krabi Restaurant. Kenyang perot suka hati. Haha. Untuk hari esok, kami decide ambik pakej 4 island, tapi kami chattered 1 long tail boat untuk kami sahaja. Harga nye 2800bhatt include lunch,mahal sikit dari harga yang ditawarkan kat hotel, kalau hotel 2500bhatt je tapi takde set lunch.
Menunggu boatman datang
 Lepas abis 4 island hoping tu, kami makan set lunch tu kat kedai memandangkan dalam boat macam susah sikit nak makan.

Petang tu,kami ronda2 sekitar Ao Nang dan Fossil Beach. Lokasi dia 8km dari Ao Nang. Kat sana cenderahati nya murah2. Abis shopping cenderahati kami pun balik semula Ao Nang dan minum air kelapa segar kat Jamal Halal restaurant.
Bincang pasal esok nak balik
Balik dari jalan2 tu Nael sempat lagi terjun kolam kat hotel. MITI hotel memang sesuai bagi pengunjung yang bawak anak kecik. Dan kat situ jugak disediakan breakfast buat alas perut lah ada roti, kopi, minuman coklat.

Keesokannye kami pun pulang lah ke tanah air. Memang singkat je percutian kali ni. Kena repeat lagi ni. Tapi tunggu lah Nael besar sikit dan tau berenang, baru syok sikit. Okay, sekian untuk entri kali ni. Bye!
Nael makan banana pancake

Bekalan time jalan jalan

Makan makan

Bye bye Krabi!


Saturday, January 21, 2017

KAMI SEMANIS GULA....KEMBARA CINTA KE HANGZHOU DAN SHANGHAI...

Assalammualaikum buat semua pembaca.

Alhamdulillah, dah sebulan 2 minggu aku bergelar isteri. Bagaimana kehidupan berumahtangga? Pastinya ada perbezaan. Tapi hidup makin seronok. Haha. Kebetulan pulak me and my husband sekolah sesi petang, so breakfast and lunch sempat la sama2 sebelum pergi sekolah. Okay, untuk post kali ini, aku akan ceritakan penjelajahan pertama aku sebagai isteri mengembara ke luar negara. To my husband, this is the very first time him on board. Penerbangan pertama. Hehe. Sila baca post ini sepenuhnya jika anda berminat untuk ke Hangzhou dan Shanghai dari KLIA..

Jadual penerbangan kami adalah pada 14 Disember 2016 dan pulang ke tanah air pada 19 Disember 2016. Aku dah beli tiket ni awal lagi. Sebulan lepas tunang aritu. Haha. Harga pun okay jugak RM 700 pergi balik dari KLIA ke Xiaoshaan International Airport, Hangzhou. Lepas baca beberapa blog sebelum ni, aku decide untuk ke Shanghai dari Hangzhou. So, dapat la travel 2 tempat dalam 1 masa. Haaa seronok2! Untuk lebih mudah, aku akan tulis post ini mengikut hari2 me and my husband lalui sepanjang 6 hari 5 malam di sana. Jom baca!

14 DISEMBER 2016

Jam 8.10 pagi. Penerbangan dari Kuala Lumpur selamat terbang dari KLIA ke atas awan. Kami tiba di Xiaoshan International Airport jam 1.30 petang. Yang menariknya, waktu di tanah air adalah sama dengan waktu di Hangzhou. Tapi ada satu perkara yang mengecewakan aku, iaitu....buku catatan yang aku dah study selama 2 bulan tertinggal kat rumah sewa kat Johor! Ohh myyyy.....so kami hanya jalan ikut apa yang aku ingat dalam otak je. Haha. Kelakar. But it is fun. 

Dari awal memang aku plan nak try naik bullet train ke Shanghai dari Hangzhou. Untuk naik bullet train ni, pastikan anda study betul2 sebelum gerak. Pertama sekali anda kena tau nak naik dan turun di stesen mana. Sebab di Hangzhou ada dua stesen train yang besar dan di Shanghai ada empat stesen. Aku hanya akan ceritakan stesen2 yang kami lalui dan hotel yang kami menginap. Dari airport, anda perlu naik bas ke Hangzhou Dong Train Station. Bas tersebut akan tunggu di pintu 14. Ingat tau pintu 14. Beli tiket di dalam bangunan airport. Harga hanya 20yuan. Perjalanan mengambil masa 30 ke 40 minit je. 

Turun aje bas, kami dah merasakan cuaca semakin sejuk, sebab hari semakin petang. Oh lupa nak cakap, time aku pegi tu musim sejuk, suhu around 5 ke 8 darjah celcius. Malam pulak 0 ke -2 darjah celcius. Tapi salji tak turun pun. Mujur! haha. Sampai di Hangzhou Dong Train Station, anda perlu ke pintu terletak di hujung bangunan sebab tempat beli tiket dan tempat menunggu adalah di berlainan pintu. Semasa pengembaraan ini, aku gunakan sepenuhnya ilmu bahasa mandarin yang aku ada. So, kepada anda yang berminat ke sana, belajarlah at least nombor atau bahasa yang simple2 dalam mandarin ye. 

Seterusnya, beraturlah untuk beli tiket. Ada kaunter khas untuk foreigner tau. Keadaan sangat huru-hara dan jangan pelik kalau ada yang suka potong2 baris tau. Haha. Tak guna! Cara beli tiket, keluarkan passport dan destinasi yang hendak dituju beserta bayaran. Destinasi yang kami tujui ialah Shanghai Hongqiao dan hotel yang kami akan menginap untuk 3 malam di Shanghai ialah Shanghai Blue Mountain Youth Hostel. Masa yang diambil selama 50 minit dan kelajuan bullet train ni sehingga 267km/h! 

Di hadapan Xiaoshan International Airport

Di hadapan Hangzhou Dong Train Station
Berjaya beli tiket dan menunggu waktu train
Sampai aje kat Shanghai Hongqiao, pastinya sangat lapar sebab waktu tu da Maghrib. Dari Shanghai Hongqiao, untuk ke Shanghai Blue Mountain Youth Hostel perlu ke stesen BeiXinJing di LINE2. Pastikan anda keluar Pintu 5 (Exit 5). Keluar kiri, jalan terus sehingga jumpa traffic light kira2 400meter, seberang jalan, kemudian ke kiri, jalan dalam 400 meter lagi dan jumpa lah hostel tuu. Pastikan anda download subway map Shanghai untuk memudahkan anda ke mana2. Mujurlah di barisan hostel tu ada restoran mi halal. Haha. Memang seronok lah kami. 

Mi yang paling sedap dimakan ialah time perut tengah lapar. Haha
Untuk hari ni, itu sahaja yang kami lalui, Apa yang yang menanti kami pada hari esok? Jom baca lagi post yang seterusnya. Hehe. Sehingga berjumpa lagi. Akhir kata sebarkan rasa cinta. Assalammualaikum dan baibai =)

Friday, December 23, 2016

My Wedding 31216

Assalammualaikum

Tepat jam 9.57 pagi tanggal 3 Disember, alhamdulillah selamat sudah aku menjadi isteri kepada suami aku. Syukur pernikahan dan walimatulurus berjalan lancar walaupun mendung hari tu. Thanks to all yang bertungkus lumus membantu urusan pernikahan dan walimatulurus ini. I am officially Mrs Nurul Armalyna! haha. Jom tengok gambar2 yang sempat snap. Dan ada video yang sempat Pakcu aku rakam. hehe
Akad nikah

Bersanding

Makan beradab


Diharapkan semua tetamu dapat menjamu selera dan seronok dengan apa yang dihidangkan. Ampun dan maaf jika ada terkurang sana sini. Thanks again to all. Nanti aku update destinasi kembaracinta aku bersama suami pulak ye. Sebarkan rasa cinta. Baibai!

Saturday, September 17, 2016

MY COUSIN'S WEDDING

Assalamualaikum.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan Hari Malaysia buat smua..untuk entri kali ni aku tak da cerita tentang travel. Sebab aku sendiri pun dah lama tak travel. Sejak duk kota tinggi ni, tak banyak pun tempat aku berjalan. Nanti kalau ada, baru aku update, okey?

Cuti September yang ditunggu2 telahpun nk sampai ke hujungnya. Cuti kali ni keluarga belah abah telahpun menerima sorang lg ahli baru. Sepupu aku dah slamat diijabkabulkan pada 9.9.16 lepas. Tahniah kepada sepupu aku sorang ni. Kami sebaya tau dan dia jugak bersekolah cina mase sekolah rendah dulu. Hehe.




Alhamdulillah selesai sudah walimatulurus sepupu aku sorang ni. Doakan aku pulak ye nanti. Wink wink.

Okey, sebarkan rasa cinta buat smua. Jumpa lagi di entri seterusnya. Baibbai.

Saturday, February 27, 2016

Me.Dila.And South Korea.

Assalamualaikum.wb.t..

Wah, lama betul da aku tak update blog ni ye. Tahun ni still belum ada apa crita lagi. Kadang takda idea nak tulis. Tapi arini aku ada idea, sebab arini 27 Februari, arijadi aku. Haha. Happy birthday to me! 

Dah setahun aku di bumi Meradong ni. Pejam celik pejam celik. Tak sangka. Dan dua hari lepas aku dikejutkan, tapi tak terkejut sangat laa, aku dapat tukar balik semenanjung. Alhamdulillah. Tapi dalam hati rasa sedih laa nak meninggalkan keluarga baru kat sini. Huhu. Pernah susah senang bersama. 

Okey, tinggalkan dulu kisah dapat tukar tu. Teruskan dengan tajuk entri kali ni. Me.Dila.And South Korea. Macam biasa, aku dengan buddy aku ni memang suka benda baru. So tanpa plan yang panjang, kami decided ke korea selatan. Kami mula nak ke seoul je, tapi dah alang2, ke Jeju pun ok. Haha.

Tarikh kami pegi adalah pada 26 smpai 30 november lepas. Musim sejuk kat korea baru bermula, memang kena pakai baju tebal le. Suhu kat sana time tu cecah 1 ke 3 degree celcius di seoul. Tapi nak tau, time ke nami island, suhunya cecah -8 degree celcius! Sejuk tahap gaban, huhu.

Jom ikuti siri jelajah Seoul dan Jeju Island. Kami tiba kat Incheon International Airport tengahari 26 aribulan tu. Kami plan trus ke Jeju dan flight ke Jeju adalah pukul 4 petang. Kami booked tiket ke jeju menggunakan jeju air. Bleh check kat website dia. Kami dapat harga rm275 pergi balik dari jeju ke seoul. Untuk pengetahuan, untuk ke jeju akan fly dari gimpo airport. Jangan risau, turun incheon airport boleh cari t-money macam dalam gamba ni untuk memudahkan pmbayaran bila guna public transport nanti. Tapi t-money tak boleh guna untuk ktx. Apa tu ktx? Nanti crita lain. Haha.

T-money perlu ditopup sebelum guna

Okeylah, tengok jela gambar2 ni. Malas da nak tulis. Tapi nak tanya apa2 sangat dialu2kan ye.



Di Seongwipo, Jeju island

Winter sonata di Nami Island


Sebelum naik bot ke Nami Island
Cheonjiyeon Waterfalls, seogwipo

War Museum, Seoul
Ada banyak lagi nak cerita. Tapi tu dula lah untuk kali ni ye. Tanggal 8 Februari lepas, shaheizy sam samad telah selamat menikah dengan syatilla amirul alvin. Tahniah diucapkan to my no1 hero malaya. Okey, sampai sini dulu, akhir kata sebarkan rasa cinta sesama kita. Babai.

Thursday, December 10, 2015

Bukan crab, tapi Krabi!

Assalamualaikum buat semua pembaca.

Lama betul dah tak update blog ni. Busy ke? Tak jugak, cuma tak berkesempatan. Hoho. Mengajar di SMK Meradong membuatkan aku lebih menyayangi dunia pendidikan. Okey kali ni aku nak ceritakan tentang percutian cuti pertengahan tahun lalu,walaupun dah lepas, tapi nak ceritakan jugak. Yeay Krabi!

Muka eksaited
Bertolak dari Jerantut menaiki bas dan fly dari klia2 pada jam 1245 tengahari. Kami pergi bertiga pulak kali ni, Dila bawak adik dia sama2. Hehe. Tiba di Krabi, kami menaiki bas terus ke Aonang. Kami menginap di Smile Hotel, Aonang.
Bas ke Aonang 
Di Aonang ni sangat senang mendapat makanan halal. So tak payah risaulah. Jom tengok gambar2 yang diambil sebagai kenang kenangan.

Hot stream

Blue pool

Sekian dulu untuk kali ni. Tak sabar nak ceritakan pengalaman ke Seoul dan Jeju Island pulak. Haha. Tunggu tau. Akhir kata,sebarkan rasa cinta. Bai bai.