Wednesday, March 12, 2014
PRAY FOR MH370
Assalammualaikum.
Di sini saya ingin berkongsi perasaan bercampur baur sebagai rakyat Malaysia tentang misteri kehilangan pesawatMH370. Saya pernah menaiki pesawat jenis yang sama iaitu Boeing777-200 ke Istanbul pada tahun 2012. Kecanggihan pesawat tersebut memang tiada keraguan. Amsih teringat lagi kata-kata pilot sebelum berlepast dan ketika hendak mendarat, telatah pramugara dan pramugari yang tidak pernah jemu melayan kerenah penumpang. Segalanya bermain-main di mata dan di deria pendengaran saya. Apa yang diharapkan di sini ialah kita sama-sama sebagai umat Islam mendoakan yang terbaik agar misteri ini dapat dirungkaikan secepat mungkin. Hentikan sebarang spekulasi yang mungkin akan menganggu misi menyelamat mangsa. Semoga semua berakhir dengan baik. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)