Sunday, June 15, 2025

Mengembara ke Bali bersama 3 Anak

 Assalammualaikum. 

Jom kali ni aku akan menceritakan tentang satu pengembaraan dan keterujaan kami sekeluarga ke Bali, Indonesia. 4 hari 3 malam yang penuh dengan rasa happy dan penat. Haha. Pertama sekali aku book tiket dan dapatlah harga rm1950 untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak umur 3,4 dan 7 tahun. Maka terbanglah kami ke Bali. Sebelum tu, kami parking di parking klia murah. Google je. 4 hari 3 malam dan kos pergi balik ke klia2 ialah rm90. Kos parking pun dah naik sekarang ni😅

DAY 1

Bertolak jam 1.10petang dari klia2. Dalam kapal terbang dapatlah makan-makan. Perjalan 3 jam 15 minit. sampai di Bandara Bali jam 4.30 petang. Waktu kita sama dengan Bali. Kami menaiki AirAsia X so aku pilih seat 3 tengah dan 2 kanan sebab kami berlima kan. Kang ambik 3 seat ada orang tak kenal pulak. 

Sampai je,kami terus dijemput oleh pak supir yang aku dah tempah dari klook which is more cheaper dari supir tempahan. so aku cari pak supir untuk jalan-jalan je. Plan kami akan cover di kawasan Bali Safari, Kintamani, Ubud dan pantai Jimbaran. So kami terus menuju ke Hotel Lodge Bali Safari. Okay nak cerita bilik ni sangat best.  Tapi mahal sikit la sebab view bilik kami ni direct nampak haiwan🦓🦓

Kami sampai malam jam 7 malam. Maghrib dah time tu. Hujan lebat pulak nak check in. Harga 1.4 juta rupiah untuk 1 malam. Jutawan wooo. Haha. Harga ni termasuk tiket ke safari untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak dan juga breakfast. Dinner malam tu kami dah beli siap2 di Indomaret sebelum tu. 

DAY 2

Breakfast bersama singa pagi tu. Haha. Ambik makanan yang terhidang buffet. Makanan pun banyak pilihan. Tapi mungkin makanan Indonesia tak kena sangat dengan tekak aku berbanding makanan Thailand😅 So pagi tu jam 10 terus kami checkout dan ke Bali Safari. Best sangat pusing2 dalam tu. Kita akan dibawa menaiki Truck dan dapat melihat haiwan secara lebih dekat. Budak-budak ni tersangat la seronok. Abis pusing Safari ada Waterpark kat hujung sekali. Sempat jugak main2 air dengan budak-budak ni. Haha. Jam 1 petang supir yang kami book untuk 2 hari. Next  destination ialah The Pinggan Luxury Glamping. Sebab budak-budak ni tersangat lah suka glamping. Katanya kawasan ni tanah tinggi dan sejuk ala2 Cameron Highland. Tapi aku rase lagi sejuk. Haha. Perjalanan pun dah cukup teruja. Bali ni kawasan nya bukit-bukit. Macam Pulau Pangkor tu tapi mencabar lagi. Haha. Jam 4.00 petang kami sampai ke tempat dituju. Jauh jugak nak ke Kintamani ni. Sebenarnya ada bayaran tau nak masuk daerah Kintamani. Tapi haritu hujan, tukang tiket dah lari, jadi kami dapat masuk free jelah. Untung kan. Kat kintamani ada masjid. Tapi tak sempat nak singgah sebab hujan lebat. Jalan nak menuju ke Kintamani ni sangat mencabar ye dan hanya 1 lorong muat2 1 kereta je. Haha. Sampai pun waktu hujan. 19 januari-22 Januari memang hujan ye. Tapi hari ke3 dan ke4 alhamdulillah dah cerah. Kami pun berglamping lah malam tu. View nya MasyaAllah cantik! Berdepan dengan gunung berapi tak aktif iaitu Gunung Batur. Sejuk ya glamping kat situ. Kami semua pakai stokin. Haha.

DAY 3

Jalan-jalan di Ubud. Lepas breakfast berlatarkan Gunung Batur dan dapat minum kopi panas, kami pun bergerak ke kawasan Ubud. Ubud ni tempat tumpuan pelancong. Ada swing,ada banyak aktiviti kat sini. Tegalallang kawasan padi bukit yang sangat cantik. Kami makan di Uma Ceking yang terdapat di kawasan tu. Sebelum tu kami dibawa ke Kumulilir tempat pembuatan kopi yang sangat terkenal di Bali. Sebelum tu jugak kami melawat air terjun yang cantik jugak. Kat Bali ni complete ada air terjun,pantai dan tanah tinggi yang sangat indah! Habis seharian melawat Ubud, kami terus menuju ke tempat bermalam kami terakhir di Bali. Keraton Jimbaran Resort. Kami dinner di Pantai Jimbaran berlatarkan pantai dan nyanyian oleh orkestra jalanan yang mainkan lagu shark doo doo untuk budak2 ni. Haha.


DAY 4

Memandangkan hotel ni non halal, kami breakfast dari dalam bilik je. Selesai breakfast, sempat la mandi kolam dan jalan2 sekitar hotel. Selesai semua kami pun siap2 nak balik Malaysia. Pengalaman yang sangat mengujakan. Lepas ni agak2 nak bercuti ke mana pulak ye? 

Bye. Sebarkan rasa cinta.