Sunday, November 4, 2012

PUlanG kE TaNjunG MaLim

Assalammualaikum.
Setelah hampir 2 minggu bercuti sempena Hari Raya Aidiladha, tibalah masa untuk pulang semula ke UPSI tercinta untuk meneruskan semester 7 ini. Kelazimannya hati meloncat-loncat untuk bertemu dengan kawan2 rumah, tapi tidak untuk semester kali ini. Kawan2 yang selalu menemani sedang bercuti panjang di kampung halaman masing2 kerana baru sahaja menamatkan praktikal masing2. Dan saya masih tetap di Tanjung Malim ini. Sedih pun ada, tapi semua sudah suratan takdir. Namun, aku bergembira juga kerana dapat berkenalan ramai kenalan baru. Yang paling penting semester ini tersangat relaks, ibarat semester "honeymoon".hehe. MENARIK DI TANJUNG MALIM? Bandar Tanjung Malim terletak di selatan negeri Perak, berhampiran dengan sempadan negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala Lumpur. Tanjung Malim terletak betul-betul di sebelah utara Sungai Bernam. Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjung Malim hampir pada titik koordinat yang sama. Tanjung Malim terletak di laluan utama yang menghubungkan Ipoh dan kuala Lumpur sekiranya tidak menggunakan lebuh raya. Tempat yang berhampiran dengan Tanjung Malim ialah Ulu Bernam, Kalumpang, Ketoyong, Behrang, Behrang Ulu, Kampung Kelawar dan Slim River. Tanjung Malim terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris. Tanjung Malim juga terkenal sebagai tempat persinggahan bas-bas ekspres yang mengikut jalan lama, sebelum wujudnya Lebuhraya Utara-Selatan. Selepas terbinanya lebuh raya, bandar Tanjung Malim hampir ditinggalkan. Di sini terdapat gerai kuih Pau atau Pau Tanjung Malim yang sangat enak. Tanjung Malim sekarang lebih dikenali apabila kerajaan negeri Perak telah memulakan rancangan untuk membangunkan bandar baru iaitu Bandar Behrang 2020 dan Bandar raya Proton (sumber : wikipedia)
Tasik Proton City ini sering dikunjungi oleh para pelajar UPSI dan penduduk di sekitar bandar Proton ini. Suasana waktu petang di sini amat menenangkan. Tambahan pula pondok2 santai disediakan di sekeliling tasik buatan ini. Sekian dulu untuk kali ini. Baibai =)

Thursday, September 13, 2012

KISAH DI PAGI 13 SEPTEMBER 2012

Assalammualaikum..
Sedar tak sedar da masuk semester baru. Semester kali ni taklah membosankan sangat sebenarnya(think positif) sebab perjalanan masih panjang. Al kisahnya pagi ini adalah pembentangan SME CORP INTERNSHIP bersama dengan pegawai-pegawai SME CORP yang kedua. Yang pertama da berlangsung sebelum raya puasa aritu. Yang tak bestnya da masuk bulan ketiga kerja, tapi elaun tak masuk-masuk lagi. ramai kawan mengeluh, tapi entahlah apa masalah problemnya. Diarapkan semua ahli kumpulan dapat buat yang terbaik untuk pembentangan kali ini. Aku relax jelah sebab da bentang yang pertama ari tu. Nak taw ke program apa yang sedang saya jalani ni? SME CORP- UNIVERSITY INTERNSHIP nama penuh program ini. Program ini sangat-sangat bagus bagi para pelajar yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Macam saya ni cuma nak timba pengalaman, nak tengok sendiri bagaimana sesebuah perniagaan itu berjalan. Yang bestnya program ini dapat membuka mata dan minda pelajar-pelajar universiti mengenai tatacara sebelum dan semasa perniagaan dijalankan. Syarikat-syarikat yang terpilih akan diberikan khidmat konsultan, di mana jentera-jentera konsultan tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar universiti. Universiti Pendidikan Sultan Idris juga tak terkecuali dalam pembabitan program ini. Best tak best lain cerita. Yang penting program ni dapat elaun RM600 sebulan bagi seorang pelajar. Best kan2..hehe.. Keterangan lanjut bleh lawati laman web ni. Atau boleh lawati fakulti perniagaan dan ekonomi di universiti masing-masing

Wednesday, September 12, 2012

TERBANG KE OKAN UNIVERSITY

Tidak pernah sesiapa mengetahui tentang rezeki mereka dalam kehidupan. Begitu juga aku. Tak pernah bermimpi akan berada di luar negara.Tetapi semester lepas aku berjaya buktikan kepada diriku sendiri bahawa tiada apa yang mustahil akan berlaku. Aku telah terpilih untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Okan University, Tuzla, Istanbul, Turki. Kali pertama berada di perantaun seakan-akan berada dalam mimpi-mimpi siang hariku. Pertama kali menaiki pesawat MALAYSIA AIRLINES, teruja apabila duduk di atas seatnya selesa dan layanan yang baik. Alhamdulillah syukur.. Hanya itu ungkapan yang aku mampu luahkan ketika mendapat berita baik itu. Kini sudah 3 bulan lebih berlalu. Tetapi segala cerita di sana masih segar dalam ingatan ini. 4 subjek yang diambil di sana, alhamdulillah mendapat keputusan yang amat baik. Cuma 1 subjek yang tak dapat gred A. Janji aku, aku pasti akan ke sana lagi. Untuk melihat tulips yang mekar dan ros yang mewangi. Masjid biru yang tersergam indah dan Hagia sophia yang mempunyai 1001 kisah sejarahnya pasti akan kukunjungi lagi satu masa nanti. Pengajaran di sini dapat disimpulkan, tak ada yang mustahil dalam kehidupan ini. Rezeki, jodoh, pertemuan segala-galanya terletak atas usaha kita sendiri dan doa seterusnya tawakkal. sampai sini dulu, nanti akan ceritakan kisah-kisah menarik di Istanbul ye =) ISTANBUL AKU DATANG!!!~

Wednesday, July 11, 2012

CITA-CITAKU YANG SATU



Assalammualaikum kepada semua pembaca.

Hari ini tanggal 11 Julai 2012 merupakan hari pertamaku menulis di laman blog sendiri ni. Harap dapat banyak manfaat yang diperolehi kepada semua pembaca melalui laman blog ini.

Tujuan?

Apa tujuan sebenar-benarnya blog ini diwujudkan? Sebagai seorang bakal pendidik yang akan diberi tanggungjawab sebagai seorang pendidik kelak, pastinya perlu dibekalkan dengan seluruh ilmu yang mencukupi; sama ada tentang masyarakat, negara sendiri dan negara luar. Ilmu yang sebenar merupakan pengalaman diri sendiri. Teringat pula kata-kata seorang guru sekolah rendahku, "Semua yang ada pada awak hari ini merupakan ilmu. Cara makan, cara berjalan, semuanya dimulai dengan satu perkataan iaitu BELAJAR".

Sejak hari itu aku mula berminat dengan profesion perguruan ini.

Nak tahu lebih lanjut lagi tentang blog ini? Jom kita sama-sama tunggu apa yang akan ditulis lagi selepas selepas ini.

Sayonara~