Wednesday, September 12, 2012
TERBANG KE OKAN UNIVERSITY
Tidak pernah sesiapa mengetahui tentang rezeki mereka dalam kehidupan. Begitu juga aku. Tak pernah bermimpi akan berada di luar negara.Tetapi semester lepas aku berjaya buktikan kepada diriku sendiri bahawa tiada apa yang mustahil akan berlaku. Aku telah terpilih untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Okan University, Tuzla, Istanbul, Turki. Kali pertama berada di perantaun seakan-akan berada dalam mimpi-mimpi siang hariku. Pertama kali menaiki pesawat MALAYSIA AIRLINES, teruja apabila duduk di atas seatnya selesa dan layanan yang baik.
Alhamdulillah syukur..
Hanya itu ungkapan yang aku mampu luahkan ketika mendapat berita baik itu. Kini sudah 3 bulan lebih berlalu. Tetapi segala cerita di sana masih segar dalam ingatan ini. 4 subjek yang diambil di sana, alhamdulillah mendapat keputusan yang amat baik. Cuma 1 subjek yang tak dapat gred A. Janji aku, aku pasti akan ke sana lagi. Untuk melihat tulips yang mekar dan ros yang mewangi. Masjid biru yang tersergam indah dan Hagia sophia yang mempunyai 1001 kisah sejarahnya pasti akan kukunjungi lagi satu masa nanti.
Pengajaran di sini dapat disimpulkan, tak ada yang mustahil dalam kehidupan ini. Rezeki, jodoh, pertemuan segala-galanya terletak atas usaha kita sendiri dan doa seterusnya tawakkal.
sampai sini dulu, nanti akan ceritakan kisah-kisah menarik di Istanbul ye =)
ISTANBUL AKU DATANG!!!~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment