Thursday, September 13, 2012
KISAH DI PAGI 13 SEPTEMBER 2012
Assalammualaikum..
Sedar tak sedar da masuk semester baru. Semester kali ni taklah membosankan sangat sebenarnya(think positif) sebab perjalanan masih panjang.
Al kisahnya pagi ini adalah pembentangan SME CORP INTERNSHIP bersama dengan pegawai-pegawai SME CORP yang kedua. Yang pertama da berlangsung sebelum raya puasa aritu. Yang tak bestnya da masuk bulan ketiga kerja, tapi elaun tak masuk-masuk lagi. ramai kawan mengeluh, tapi entahlah apa masalah problemnya. Diarapkan semua ahli kumpulan dapat buat yang terbaik untuk pembentangan kali ini. Aku relax jelah sebab da bentang yang pertama ari tu.
Nak taw ke program apa yang sedang saya jalani ni? SME CORP- UNIVERSITY INTERNSHIP nama penuh program ini. Program ini sangat-sangat bagus bagi para pelajar yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Macam saya ni cuma nak timba pengalaman, nak tengok sendiri bagaimana sesebuah perniagaan itu berjalan.
Yang bestnya program ini dapat membuka mata dan minda pelajar-pelajar universiti mengenai tatacara sebelum dan semasa perniagaan dijalankan. Syarikat-syarikat yang terpilih akan diberikan khidmat konsultan, di mana jentera-jentera konsultan tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar universiti. Universiti Pendidikan Sultan Idris juga tak terkecuali dalam pembabitan program ini.
Best tak best lain cerita. Yang penting program ni dapat elaun RM600 sebulan bagi seorang pelajar. Best kan2..hehe..
Keterangan lanjut bleh lawati laman web ni. Atau boleh lawati fakulti perniagaan dan ekonomi di universiti masing-masing
Wednesday, September 12, 2012
TERBANG KE OKAN UNIVERSITY
Tidak pernah sesiapa mengetahui tentang rezeki mereka dalam kehidupan. Begitu juga aku. Tak pernah bermimpi akan berada di luar negara.Tetapi semester lepas aku berjaya buktikan kepada diriku sendiri bahawa tiada apa yang mustahil akan berlaku. Aku telah terpilih untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Okan University, Tuzla, Istanbul, Turki. Kali pertama berada di perantaun seakan-akan berada dalam mimpi-mimpi siang hariku. Pertama kali menaiki pesawat MALAYSIA AIRLINES, teruja apabila duduk di atas seatnya selesa dan layanan yang baik.
Alhamdulillah syukur..
Hanya itu ungkapan yang aku mampu luahkan ketika mendapat berita baik itu. Kini sudah 3 bulan lebih berlalu. Tetapi segala cerita di sana masih segar dalam ingatan ini. 4 subjek yang diambil di sana, alhamdulillah mendapat keputusan yang amat baik. Cuma 1 subjek yang tak dapat gred A. Janji aku, aku pasti akan ke sana lagi. Untuk melihat tulips yang mekar dan ros yang mewangi. Masjid biru yang tersergam indah dan Hagia sophia yang mempunyai 1001 kisah sejarahnya pasti akan kukunjungi lagi satu masa nanti.
Pengajaran di sini dapat disimpulkan, tak ada yang mustahil dalam kehidupan ini. Rezeki, jodoh, pertemuan segala-galanya terletak atas usaha kita sendiri dan doa seterusnya tawakkal.
sampai sini dulu, nanti akan ceritakan kisah-kisah menarik di Istanbul ye =)
ISTANBUL AKU DATANG!!!~
Subscribe to:
Posts (Atom)