Monday, December 29, 2014

Aku dan Sekolah Cina

Assalammualaikum.

Adik-adik sekolah pasti semua seronok sebab cuti sekolah dilanjutkan oleh kerana bencana banjir yang sedang dialami beberapa negeri setakat ini. So, manfaatkan percutian kali ni dengan aktiviti yang bermanfaat okey? Aku? takdeeffect apa2 pun sebab belum ada kena mengena lagi dengan KPM nih. Kisah tentang persekolahan ni, aku nak ceritakan tentang sejarah persekolahan aku masa sekolah rendah. Jom, aku kongsikan.

Aku dihantar ke SJK (C) Sungai Jan Jerantut sewaktu aku mula2 erti apa itu sekolah. Yup, sekolah cina. Abah yang beria2 nak hantar ke sekolah cina. Mungkin nak aku muka macam cina kot, tapi muka tetap kopi o jugak. Haha. Masa mula2 beli barang sekolah tu, aku dah difahamkan sekolah cina, mestilah pakai skirt kan? Dan aku sampai darjah 4 still pakai skirt pegi sekolah. Aku rasa aku teruk. Then mak sampuk mak pakai skirt sampai tingkatan 6. Okey, aku pun pakailah skirt tu. First day in school, sememangnya sangat menyeronokkan. Aku ditempatkan di kelas pertama. Mungkin cikgu-cikgu nampak aku pandai kot. First impression sangat penting taw. Haha.

Seperti kebiasaan, first day untuk budak darjah 1, mestilah ibu bapa akan berada di luar kelas untuk menunggu anak2 mereka yang cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.Tapi itu ibu bapa orang lainlah. Abah lepas daftar aku terus tinggalkan aku bersama kawan2 cina yang aku baru kenal. Ya, sebab abah perlu ke sekolah semula sebab sekolah tempat abah mengajar meeting pada hari yang sama. Sebab itu aku rasa aku mudah berdikari sehingga ke hari ini. Tak tau malu bertanya, dan sering menyoalkan solan yang bukan2 terhadap orang yang bukan2 jugak. Haha.

Benar kata orang2 tua dahulu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Aku yang dari awalnya belajar Bahasa Melayu dari guru berbangsa Cina, telah menyebabkan penulisanaku tak tumpah seperti seorang anak Cina! Dan aku rasa sampai sekarang kot. Aku perasan time aku menulis tesis time 1st degree dulu. Lecturer aku tegur, you have something wrong with your Malay. Haha. Mungkin faktor mula2 belajar BM di sekolah cina menyebabkan aku jadi begini. Mak aku, yang juga guru Bahasa Melayu dan Sejarah, sering menegur bahawa penulisan aku sama dengan student Cina dalam kelasnya. 

Ya, memang benar, sangat seronok bila ada yang kagum bila anda mampu bertutur secara fasih dalam bahasa Mandarin. Dan sangat awesome bila dapat membantu pelancong dari negara Cina yang tersesat jalan atau tak pandai naik LRT. Yeah, dapat pahala kan? So buat kawan2 yang dah ada anak mencapai usia 7 tahun, aku sarankan hantarlah anak anda ke SJK (C), betul, satu pengalaman yang teramat asing buat seorang anak kecik berumur 7 tahun. Cuma, pesan aku, anak itu mesti rajin, sebab kerja sekolah cina tak akan kurang dari 10 jenis sehari. Kedua, tabah, sebab anak cina suka membuli, pastikan anak anda mampu buli balik secara terkesan. Ketiga, tak mudah putus asa, sebab pelajaran di sekolah cina semuanya diajar dalam bahasa cina kecuali BM, BI dan agama. Lastly, yakin. cikgu2 cina ni suka bila budak yakin dengan diri dia sendiri, macam aku pernah terkena dulu, walaupun jawapan salah tak pernah betul yang penting yakin! Haha.

Akhir sekali, doakan agar mangsa2 banjir di setiap pelusuk negara kita selamat dan menjalani hari2 mereka seperti sedia kala. Setakat ni sahaja untuk kali ini. Sebarkan rasa cinta. Baibai (=


Saturday, December 27, 2014

Banjir oh Banjir! -Pray For Pantai Timur-

Assalammualaikum.

Musim banjir datang lagi, percaya atau tidak, kampung aku, Kg Kuala Teh Jerantut turut terkena tempiasnya. Kasihan orang2 kampung dah taj dapat keluar ke bandar sebab air dah naik atas jalan besar. Setakat ni Alhamdulillah perumahan aku masih belum dinaiki air, cuma mak cakap dah terputus hubungan sebab jalan besar dah naik air.

Laluan kampung aku adalah jalan utama untuk orang2 Jerantut, Jengka dan kawsan sekitar untuk ke Kuala Tembeling sehingga ke kampung2 seterusnya. Aku pun tak tau keadaan sebenar macam mana sebab saat dan ketika ini aku berada di Tanjung Malim. Bekalan elektrik dah terputus sejak empat hari lepas. Bekalan air pun sama. Harap2 la tangki kat rumah mampu menampung air bersih selama paling kurang 2 minggu ni. Banjir di Pantai Timur setakat ni merupakan catatan yag terburuk pernah berlaku.

Sama2lah kita doakan agar banjir ini akan surut. Sedih bila baca berita di suratkhabar, apatah lagi dalam FB, ramai yang merungut bantuan tak sampai ke tempat kejadian. Diharapkan semoga mangsa2 banjir selamat dan cukup makan pakai mereka. Didoakan juga agar negeri-negei lain tidak menimpa nasib yang sama. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itu sahaja ungkapan yang mampu diberikan. Hentikan segala spekulasi. Sedih jugak bila baca kat FB tentang bala lah, isu politik lah. Hello, ni tentang nyawa kot. Tolong bersikap dewasa lah.

SK Teh Jerantut

Masjid Kg Kuala Teh
Wahai sekalian rakyat Malaysia,ayuh kita doakan sama2 agar musibah ini sampai ke penghujungnya. InsyaAllah semuanya akan selamat akan pulih seperti sedia kala. Sebarkan rasa cinta sesama kita. Baibai (=

Thursday, November 27, 2014

LAWATAN SAMBIL MELANCONG KE KUCHING (2)

Assalammualaikum.

Sejuk sungguh rasa petang ni. Tidur pun seronok. Haha. Aku baru je balik dari JB semalam. Tetap sebagai pelancong, tapi bukan untuk makan angin, tapi hadir untuk satu conference untuk study aku. Stay kat KOHO hotel. Hotel tu okey lah dan baru aje dibuka. Yang paling best ag aku terjumpa dengan cikgu aku time sekolah rendah. Cikgu Roslan. Cikgu Roslan sempat mengajar kami 4 beradik dari Kak long sampailah aku, adik bongsu. Memang terbaik lah Cikgu! Siap belanja makan lagi. Haha. Didoakan semoga cikgu dimurahkan rezki, Aamin.

Beralih smual dengan tajuk entri kali ni, sambungan tentang lawatan sambil melancong bersama buddy kesayanganku yg iras2 Erin Malek ni. Haha. Semua orang cakap, mak aku pun cakap. Cikgu Roslan pun penah mngajar dia ni, maklum lah sekelas time sekolah rndah lagi. Ok sambung cerita. Hari terakhir aku sebelum balik, Cah telah bawak kami jalan2 ke Muzium Kuching serta sekitar bandaraya kuching dan waterfront, membiarkan kami melihat bandaraya kucing dari perspektif pandangan mata hati paling dalam. Ewah!

Bergambar depan tugu Kuching
Dulu2 aku ingat tugu kuching ni besar macam kat Langkawi tu. Namun, tanggapan aku memang lain. Tapi tugu ni memang famous amos kot di kalangan para pencinta mengambil gambar.

Naik bot Waterfront sampai seberang
Petang tu pulak, Cah bawak kami ke Taman Orkid, Kuching. Sangat cantik orkid2 di situ. Paling best masuk adalah percuma. Memang best lah jalan2 kat Kuching ni, tiada bayaran dikenakan, masuk muzium pun sama.
Kat waterfallTaman Orkid

Bergambar kenangan di hadapan bangunan pentadbiran Kuching
Habis sudah trip 4 hari 3 malam aku bersama buddy ke Kuching, Sarawak. Bai bai Kuching. InsyaAllah ada rezki, umur panjang dapat jumpa lagi. Akhir kata, sebarkan rasa cinta, bai bai (=

Wednesday, November 26, 2014

BERMASALAH INGIN KECILKAN DOKUMEN PDF?

Assalammualaikum.

Untuk entri kali ni aku nak kongsikan tentang pengalaman aku ketika memohon MyBrain. Ketika itu aku masih hijau dalam dunia perkecilkan file atau convertkan file ke dokumen lain. So aku googlesearch lah tentang itu. Kabut jugak time tu sebab aku ni memang jenis kalut sikit. Untuk upload file permohonan tu, aku bermasalah sikit sebab saiz pdf terlalu besar. Ni adalah website yang telah banyak membantu aku untuk kecilkan file pdf atau convert document tertentu. Memang terbaik! Nah link dia di sini. Tepuk tangan buat sang pencipta website tersebut. Kalau Muslim, didoakan bahagia dunia akhirat, kalau masih belum, didoakan semoga mendapat cahaya agama suci Islam, berjumpa PENCIPTA sebenar, Aamin.

Sesiapa yang akan atau sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana atau doktor falsafah, boleh memohon MyBrain di sini.

Jika bekas pelajar UPSI yang mendapat keputusan cemerlang peringkat ijazah sarjana muda boleh memohon di sini.

Semoga berjaya buat semua termasuk diri saya sendiri. Aamin. Akhir kata, sebarkan rasa cinta. Baibai (=

Saturday, November 15, 2014

Lawatan sambil melancong ke Kuching (1)

Assalammualaikum.

Wah, lama betul tak menulis. Kalau ada spider dalam blog ni dah bersawang dah gamaknye. Manusia takkan lari dengan kehidupan yang sibuk, saje2 sibuk atau menyibuk. Haha. Banyak masa teirluang kat rumah, aku sendiri pun dah tak tau nak buat apa. Tesis TSCM? Haa..mungkin lepas ni aku akan bnyak update tentang itu. Hehe.

Hari ni aku nak ceritakan tentang satu lagi tempat menarik dilawati. Sebenarnya maksud pelawat dan pelancong adalah berbeza. Cehh, mentang2 baru baca kan. Boleh lah belek KAMUS DEWAN ye. 7 sampai 11 aribulan Novemeber lepas, aku ngan buddy aku telah melawat sambil melancong ke Kuching Sarawak. Naik belon you! haha.

Berbeza dgan pegi USS yang hanya pergi suka2, kali ni, banyak pengalaman baru dan pengetahuan baru yang aku dapat.
First time naik flight dari KLIA2
Mula2 sekali, nak ceritakan tentang KLIA2 yang sangat owhsem! Baru lagi lah katekan. Kali ni yang tambah2 best sebab 1st time naik KLIA Transit dari TBS ke KLIA2. Sebelum2 ni aku selalu nek kete je ngan family. So, kali ni terasa backpackersnye. Lagi pulak sebab dgan buddy, kalau ngan family lebih kepada lawatan berkumpulan. Yang kali ini lebih kepada lawatan berdikari.

Sampai je kat Kuching International Airport, hujan turun mencurah2. Sebaga tanda selamat datang kot pada aku. Haha. Kat sana, Cah, kawan aku yang jadi tour guide dan uruskan sgala pginapan, makan dan transport. Best kan? Haha.memang jimat sangat2. Terima kasih bnyak2 buat cah dan family. Mula2 skali kami ke deretan kedai Waterfront Kuching. Nak buat perbandingan harga sebelum ke Serikin esoknya. Tapi bila tengok2, agak berpatutan dah harganya kat situ.

Kedai Waterfront
Esoknya, Cah bawa kami ke Serikin yang terletak di daerah Bau. Suasana di sini aku boleh katakan macam kat kg aku kat klantan nuh. Macam kat Pengkalan Kubur, Bukit Bunga atau di Rantau Panjang. Cuma yang beza kedai2 semua dijual oleh penjual Indonesia bukannye orang Thailand. Hehe..Kat sini pun best, bnyak jugak aku shopping. Yang best adalah kain songke, pelikat dan batik kat sana. Ada cenderahati jugak, kain semayang. Tapi aku takbeli, takut tak muat bagasi. Haha. 
Antara barang dijual di Pasar Serikin
Seterusnya setelah membeli belah di Pasar Serikin, kami ke Tasik Biru. Haa kat sini janga sesekali main airnye. Katanye beracun dan akan mengalami gatal-gatal. So amik gambar jelah kat sini ye. Sangat cantik pemandangannye.
Gambar kenangan
 Lepastu kami terus balik umah Cah dan berehat. Sebelah petangnya, kami ke Kg Budaya Sarawak. Kat kg budaya ni pun tersangat banyak info baru yang kami dapat. Tentang kaum Iban, Bidayuh dan banyak lagi. Untuk makluman, terdapat persembahan budaya macam kat mini Melaka tu, jam 11 pagi dan 4 petang. Sangat seronok!


Then kami pun balik rumah petang itu dan berehat. Untuk ketahu selanjutnya akan bersambung dalam part2 pulak ye. Aku nak bersiap2 pergi makan angin lagi dengan family sambil melawat. Hehe. Akhir kata, sebarkan rasa cinta, baibai (=

Friday, October 3, 2014

WEDDING KAK NGAH

Assalammualaikum.

Agak lama dah tak menulis. Patutlah aku rasa gatal-gatal je tangan ni. Haha. Okey, nak ceritakan di sini, pada tanggal 20 September lalu, satu family aku telah menerima ahli baru. Siapakah gerangannya? Aku dapat abang ipar lah. Baru tahu kenduri kawen sebenarnya penat. Seronok sangat. First kenduri lah katakan.

Waktu akad nikah

Selamat pengantin baru =D
Memang sangat penat.Tapi berbaloi2. Haha. Seronok bila ahli keluarga bertambah. Semoga cepat2 timang anak. Aku pun dah lama teringin menimang anak menakan. Alhamdulillah selamat semuanya. Sekian dulu. Sorry takda cerita pasal jalan2. Ni cuma nak hilangkan rasa gatal2 tangan sebab lama dah tak menulis. Sekian dulu, baibai. Sebarkan rasa cinta (=

Monday, September 8, 2014

Hujung Minggu Di Berjaya Hills, Bukit Tinggi

Assalammualaikum.

Cuaca sekarang sangat panas kan? Aku pun dah rase2 perit tekak dah ni. Semoga diberikan kesihatan yang sihat dan cergas minggu ni hingga ke minggu2 seterusnya.Buat yang macam dah ada simptom2 nak x sihat tu, jgan lupa banyakkan minum air suam ye.

Teruskan dengan penulisan tentang Hujung Minggu di Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang. Terletak di Beantong Pahang. Tempat ini memang cantik bagi penggemar alam semulajadi dan akan menjadi bosan kepada sesiapa yang sukakan hiburan, sebab tempat ini dikelilingi dengan bukit yang tinggi, dah nama pun bukit tinggi kan.


Jalan ke Berjaya Hills ni agak berliku jugaklah, so pada sape2 yg x brapa mahir bawak kete, anda tidak digalakkan memandu di kawasan ini ye. Apa yang best ada kat sana? Meh sini nak kasi cter. Yang selalu orang kunjungi ialah Chaetau atau bangunan tinggi2 mcam bangunan omputih tu. Sangat cantik dan oweseme! Terasa bagai berada di Italy atar France!

Bangunan yang cantik
Selain itu, di sana juga terdapat Japanese Garden yang terasa bagai kita berada di kg dalam Siri Kartun Ninja Boy. Aku tak ambik banyak sangat gmbar. So pemilihan yang terbaik sahaja yang tunjuk kat sini ye. Dan lagi 1 ada taman rabbit. Tapi sebab nak kejar masa aritu, aku tak pergi pun. Sekadar melawat bangunan yg cantik dan merasai pengalaman berada di Shizuka,Jepun je. Bayaran pulak hanya RM12 dan Taman Arnab hanya RM3. Sangat berbaloi dan seronok!


Jadual lori yang turun naik ke Japanese Garden


Rasa macam kat Shizuka, Japan
Lupa juga nak dinasihatkan, jika anda rasa kereta andabukanlah sesuai untu pendakian sehingga 70degrees punya kecuraman, anda dinasihatkan tinggalkan kereta di Chaetau Carpark je lepastu naik Colmar ke Japanese Garden. Aku suggestkan naik Colmar jelah, lebih selamat, bayaran pun x dikenakan. Dan lagi 1, pastikan fizikal anda juga mampu untuk mendaki bukit yang agak berbukit bagi aku. 

Sekian sahaja untuk kali ini. Nanti akan disambung lagi cerita Kisah aku dan Istanbul, sebab aku rasa Istanbul adalah tempat paling menarik pernah aku pergi setakat ini. Akhirkata, sebarkan rasa cinta, baibai (=

Tuesday, September 2, 2014

KISAH AKU DAN ISTANBUL (8)

Assalammualaikum.
Semoga masih ada yang sudi mengikuti blog yang tak seberapa mewah ni. Aku pun da lama tak menulis atau mengarang. Dah hilang mood sikit nak berangan gara-gara sakit mulut. Mungkin ada yg sama sepertiku, allergic terhadap getah buah sampai mulut berkudis. Ada ke? Adalah, ni yang aku tengah merana sekarang. Hua3.. Jangan lasi melarat taw, cepat2lah jumpa doktor amik ubat.

Okeylah jom kita sambung kisah di Istanbul, Bahagian ke8 =)

Jeti Eyup
Hari ni aku akan ceritakan pengalamanku di sebuah tempat bernama Eyup atau glamor kat Malaysia dengan ejaan Ayub. Sebeleum aku sebutkan apa yang menarik di sini, aku nak bgtaw macm mana nak datang ke sini. Ada 2 cara:

1. Menaiki feri-Jika anda dari daratan Asia (Asian Side) anda boleh menaiki feri dari jeti Eminonu ke jeti Eyup (macam aku naik) bayarannya juga lebih murah. Pastikan feri yg anda naik itu betul. Untuk pengetahuan juga, jeti untuk ke Eyup adalah berbeza dengan jeti besar. Anda perlu berjalan kaki sedikit. Tanya orang kat situ pun okey.

2. Menaiki bas-Bas juga ada di dataran Eminonu. Tapi aku rase better naik feri lagi. Aku dah try 2 2 kenderaan ni, feri tak sesak sangat. Haha.

Bila dah sampai di Eyup, jalan je terus atau takut tersesat bolehlah bertanya Eyup camii(jami) nerede? atau dalam BInya, where is the Eyup Mosque? Alhamdulillah, 5 bulan menetap di sana bolehlah sikit2 cakap Turki. Untuk membantu agar tak tersesat jalan.
Ni antara bangunan sebelum ke Masjid Eyup

Kat Istanbul pun ada jagung rebus taw
Okey, setelah beberapa minit jalan kaki, anda akan sampai di hadapa Masjid Eyup. Aku nak certitakan banyak tentang tempat ini. Anda boleh baca di sini. Anda kenal siapakah itu Ayyub al-Ansari? Baca ni pulak
Hebat bukan tempat ni? Sebab itulah rakyat Turki menganggap Eyup ini adalah tempat paling suci. Anda akan dapat rasakan aura keagungan tempat ini apabila anda solat di dalamnya. MasyaAllah. 

Aku sering ke sini pada hari Jumaat, menemani sahabatku solat Jumaat di sini. Sememangnya sinar Islam di Istanbul masih cerah dan semakin cerah dari hari ke hari. Diharapkan agar Islam terus bersinar di bumi Allah SWT ini. 

Bergambar kenangan di air pancut hadapan masjid Eyup

Mengenai Eyyub el Ensaari 
Makam Ayyub Al Ansaari

Suasana dalam masjid
Masihkah anda ingat dengan Arwah adik Ahmad Ammar? Jenazah beliau disemadikan juga di sini bersama para tokoh agama dan ulama Turki. 

Sehingga bertemu lagi. Sebarkan rasa cinta. Wassalam (=

Tuesday, August 26, 2014

KISAH AKU DAN ISTANBUL (7)

Assalammualaikum.

Setelah enam kisah sebelum ini aku coretkan sekitar pengalamanku di Kota Istanbul, untuk kali ini aku jua akan bercerita tentang pengalaamnku menelusuri Selat Bosphorus. Ada bot yang tersedia untuk membawa ke sepanjang selat tersebut. Ala-ala cruise murahan macam tulah. Bayaran hanya 20TL lebih kurang RM38.

Pada mulanya aku memang pening laut atau mabuk laut. Tapi setelah berkali-kali ulang alik dan naik feri dari daratan Asia ke daratan Eropah, kebiasaan dalam minda tertanam. Alhamdulillah, aku kini tak mabuk laut lagi.

Sekitar pemandangan dari atas bot

Tinggalan sejarah yang merupakan tembok yang dibina oleh kerajaan Byzantine

Beg turki yang dibeli di Grand Bazaar

Belakang tu gambar jeti tertua di Istanbul

Tukang ngarut bot. Haha
Selepas menaiki cruise ni, aku menuju ke destinasi seterusnya, iaitu Istanbul University. Universiti inilah yang Azad (watak tomok) dalam filem Istanbul Aku Datang belajar medic. Aku pun tak pasti ada tak medic di situ. Haha. Nak tengok tak macam mana rupa universiti ni? Jom tengok.

Bertuah dapat bergambar di sini

Ambik gambar luar je. tak dapat masuk dalam

Bahagian hadapan universiti

Cantik

Bergambar kenangan 
Untuk pengetahuan, Istanbul University ini adalah universiti tertua di sini. Dahulunya adalah tempat di mana para cendiakawan menyebarkan ilmu agama atau macam kat Malaysia, sekolah pondok atau sekolah agama macam tu. Untuk ketahu sejarah universiti ini, boleh klik university of Istanbul

Okeylah, sekian sahaja untuk kali ini. Kesimpulannya, memang anda wajib menaiki Bosphorus Cruise jika anda berpeluang ke Istanbul. Keindahan laut Marmara sememangnya membawa sejuta rasa yang tak mampu diungkapkan. Hingga berjumpa lagi untuk post2 yang seterusnya. Akhir kata, sebarkan rasa cinta sesama kita. Baibai (=

Thursday, August 21, 2014

Kisah Aku dan Istanbul (6)

Assalammualaikum.

Tiba2 rasa macam banyak pulak idea malam ni nak menulis. Ni semua gara-gara drama petang pukul 7 tv3 tu. Bestnya pelakon2 tu dapat ke Istanbul. Walaupun aku pernah berada 5 bulan lebih kat sana, perasaan cemburu tetap ada. Untuk kisah ke6 ini, aku akan ceritakan sebuah tempat yang paling ingin aku lawati iaitu makam seorang tokoh sejarah yang amat dikagumi oleh setiap umat Islam di seluruh dunia.Tak lain tak bukan, Sultan Muhammad Al-Fateh.

Kisah baginda boleh dibaca di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fatih

Mungkin agak sukar perjalanan untuk ke makam baginda untuk sesiapa yang kurang energinya. Ini kerana makam tersebut terletak di atas puncak bukit Fateh. Aku juga agak penat untuk mendakinya. Tapi atas azam yang tersangat kuat, aku gagahi juga.

Sedikit kisah tentang Sultan Mehmet Al Fateh

Makam Baginda

Seni bina dalaman makam

Di sebelah kanan adalah masjid teragung Al Fatih, sebelah kiri adalah makam baginda

Burung-burung simbol sebagai selamat datang dan selamat tinggal kepada pelawat yang melawat masjid dan makam baginda
Begitu teruja aku sebaik tiba ke sini. Walaupun penat mendaki bukit Fatih, namun semua itu berbaloi. Tokoh yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW dan ada kisahnya di dalam Al Quran, aku diberi peluang untuk bertemu dengan baginda, walaupun hanya makamnya. Subhanallah, andai pembaca sempat dan berpeluang ke Istanbul, jangan lupa datang ke mari dan merasai sendiri kesyahduannya.

Sebelum keluar, ada penjaga pintu makam berada di luar. Sesiapa yang berhajat untuk member saguhati atau derma, bolehlah berbuat demikian. Sekian sahaja untuk kisah ke6 ini. Baibai (=

Salji Pertama Kali

Assalammualaikum,

Aku ingin ceritakan kisah yang membuatkan aku teruja berada di negara 4 musim untuk pertama kali. Salji. Ya itulah yang sering diangan-angankan aku sejak di bangku sekolah lagi. Semua ini aku alami ketika berada di Istanbul du tahun lalu. Aku mengalami musim salji sepenuhnya iaitu kira-kira 3 bulan di sana. Aku tiba di Istanbul pada bulan Januari di mana ketika itu musim salji yang lebat sedang melanda. Sempat juga aku bermain dalam salji macam cerita hindustan dulu2. Apa yang pasti, musim itu tersangatlah sejuk hingga ke tulang sumsum. Mujurlah setiap bilik dibekalkan alat pemanas, kalau tidak memang bekulah aku.

Jentolak yang tolak segala salji

Semua tempat dikelilingi ais

Semua beku

Gemuk nampak pakai baju tebal2. Haha

Tapi yang menariknya, walaupun salji menebal, hanya untuk 2 ke 3 hari sahaja.Kemudian baru jumpa sinaran matahari dan ais akan mula mencair. Masa tu baru boleh buat aktiviti outdoor yang diingini. Selepas itu, salji akan datang balik. Mula-mula memang seronok musim salji ni. Tapi kalau da 3 bulan macam tu, aku dah mula bosan. Mana taknye, segala perancangan outdoor semua tergendala.Dan paling sedih, malas nak keluar sebab cuaca sejuk.

Aku cuba puasa masa salji tengah lebat tu. Seriously, lapar teramat. Walaupun puasa pada musim salji tak sampai pun 10 jam, tapi kelaparan yang dirasai, MasyaAllah! Lagi satu, aku pun baru tau musim sejuk pun hujan turun. Hujan tu pun mula2 jatuh sebagai air. Bila da lama2, air hujan pun beku. Menarik sangat pengalaman pertama kali main salji. Takkan kulupakan sampai bila2. Sekian untuk entri kali ni. Sebarkan rasa cinta, Baibai (=

Monday, August 18, 2014

RAYAKU PADA 1435H

Assalammualaikum para pembaca.

Lama sangat dah aku tak update blog ni, agak busy rupanya persiapan perkahwinan rupanya. Aku kawin? Bukan, tapi kak ngah aku. Semua yang ringkas2 dan leceh2 tulah serahkan kat aku. Maklum lah tengah menganggur. Hoho. 
Hari ini sudah 22 hari syawal tahun ini. Cepat sungguh rasa masa berlalu. Aku pun tak sempat nak citer lagi pasal hari raya aku dan family pada tahun ni.

Seperti kebiasaan, family aku tak pernah pun beraya di rumah, mesti balik kg, walaupun kg hanya 45 minit perjalanan dari rumah. Then, macam biasa juga raya ke2 akan pulang berhari raya di kg sebelah mak pulak di kelate. Raya tahun ni berbeza, sbb smua adik beradik emak akan balik. Semua kerana nak meraikan hari bahagia Cik Anis, mak saudaraku yang berlangsung pada syawal ke3 hari tu. Yang jauh yang dkat smua berhimpun. Family kelate kami smemangnya sangat2 besar. 3 buah rumah nak berhimpun pun tak cukup. 

Pagi raya ke3 baru nk bergambar

Bersama adik2 sepeupu sebelah kelantan

Muka riang di hari raya

Pengantin yang sangat manis
Apa pun, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga kita smua dipnjangkan usia dan diberikan rezki untuk berjumpa lagi Ramadan dan Syawal pada tahun hadapan. Untuk kisah istanbul, nanti akan disambung lagi ye..Sebarkan rasa cinta, Baibai =)

Saturday, July 5, 2014

KISAH AKU DAN ISTANBUL (5)

Assalammualaikum. Hari ni adalah hari ke5 umat Islam berpuasa di Bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 barakah kepada kita. Syukurlah masih diberi peluang pada Ramadhan kali ini. Al-Fatihah buat biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi pukul 1:26 pagi. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin.

Kali ini aku akan ceritakan tentang satu tempat yang tersenarai sebagai tempat paling harus dilawati ketika berada di Istanbul. Mungkin yang pernah ke sana tempat ini tidak asing lagi bagi mereka. Dan aku? sempat beberapa kali berukunjung ke sana selama 5 bulan di Istanbul. Cuma masuk sekali jelah. Tiket masuk berharga 20 TL lebih kurang RM40. Tempat yang dimaksudkan ialah Ayya Sophia dan ada ejaannya Hagia Sofia yang terletak berhadapan dengan Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmet.

Pandangan mula masuk Ayya Sophia
Ingat tak ada scene filem ISTANBUL AKU DATANG yang mula2 starting file tu? Itulah Ayya Sophia. Subhanallah, sgatn2 cantik. Pertama kali masuk ke Ayya Sophia, setiap mata memnadang pasti teruja. Kisahnya, pada era zaman Byzantine, Ayya Sophia merupakan sebuah gereja yang paling terkenal di dunia pada zaman itu. Aku membayangkan bahawa mungkin pada hari ini tempat ini umpama Vatican City skarang. Tempat paling suci bagi penganut Kristian. Selepas penaklukan Sultan Mehmet Al-Fateh, tempat ini telah dijadikan masjid. Keagungan agama Islam begitu menyinar di Kota Istanbul ketika pemerintahannya. Namun, kini Ayya Sophia telah dijadikan muzium. Anda boleh menerokai sejarah bangunan ini sejarah Ayya Sophia.

Aku sangat teruja dengan struktur binaan ini. Seolah-olah masih terngiang2 seruan azan di dalamnya. Bagi yang berkesempatan ke Istanbul, datanglah ke sini. Ini adaah sebahagian daripada tinggalan sejarah beratus ribu tahun dahulu. 

Sebahagian gambar yang telah dikikir bukti dahulunya adalah sebuah gereja

Galeri gambar yang terdapat dalam Ayya Sophia

Pelan tingkat atas dan bawah bangunan
Kalau nak ke Ayya Sophia, naik tram turun di Stesen Sultan Ahmet. Keajaiban bangunan Ayya Sophia! Sebarkan rasa cinta. Baibai (=