Assalammualaikum.
Tiba2 rasa macam banyak pulak idea malam ni nak menulis. Ni semua gara-gara drama petang pukul 7 tv3 tu. Bestnya pelakon2 tu dapat ke Istanbul. Walaupun aku pernah berada 5 bulan lebih kat sana, perasaan cemburu tetap ada. Untuk kisah ke6 ini, aku akan ceritakan sebuah tempat yang paling ingin aku lawati iaitu makam seorang tokoh sejarah yang amat dikagumi oleh setiap umat Islam di seluruh dunia.Tak lain tak bukan, Sultan Muhammad Al-Fateh.
Kisah baginda boleh dibaca di sini
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fatih
Mungkin agak sukar perjalanan untuk ke makam baginda untuk sesiapa yang kurang energinya. Ini kerana makam tersebut terletak di atas puncak bukit Fateh. Aku juga agak penat untuk mendakinya. Tapi atas azam yang tersangat kuat, aku gagahi juga.
|
Sedikit kisah tentang Sultan Mehmet Al Fateh |
|
Makam Baginda |
|
Seni bina dalaman makam |
|
Di sebelah kanan adalah masjid teragung Al Fatih, sebelah kiri adalah makam baginda |
|
Burung-burung simbol sebagai selamat datang dan selamat tinggal kepada pelawat yang melawat masjid dan makam baginda |
Begitu teruja aku sebaik tiba ke sini. Walaupun penat mendaki bukit Fatih, namun semua itu berbaloi. Tokoh yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW dan ada kisahnya di dalam Al Quran, aku diberi peluang untuk bertemu dengan baginda, walaupun hanya makamnya. Subhanallah, andai pembaca sempat dan berpeluang ke Istanbul, jangan lupa datang ke mari dan merasai sendiri kesyahduannya.
Sebelum keluar, ada penjaga pintu makam berada di luar. Sesiapa yang berhajat untuk member saguhati atau derma, bolehlah berbuat demikian. Sekian sahaja untuk kisah ke6 ini. Baibai (=
No comments:
Post a Comment