Assalammualaikum.
Hurm, lama dah tak menulis kat sini. Sejak sampai di bumi Bintangor ni baru sekali je update. Bukan sebab busy, tapi tak tau nak update apa. Haha. 19 Februari lepas genaplah sebulan aku jadi cikgu tetap di SMK Meradong. Mungkin tak ramai yang tau tentang SMK Meradong. Jom aku kenalkan sekolah ni ke alam maya ruangan blog aku yang aku cipta sendiri.
|
Hadapan SMK Meradong |
SMK Meradong dahulunya dikenali sebagai SMK Binatang merupakan sekolah menengah yang terbesar di PPD Meradong. Cuma terdapat empat buah sekolah menengah di bawah keloalaan PPD Meradong iaitu SMK Meradong, SMK Bandar Bintangor, SMK Kai Chung dan SMK Tong Hua. Terletak 29 kilometer ke Sarikei dan 40 kilometer dari Sibu.
Sebenarnya aku nak kongsikan tentang acara yang diadakan hari ini bertarikh 27 Februari, serentak dengan hari jadi aku. Acara tersebut ialah Karnival sukan SMK Meradong. Haha. Aku ditugaskan menjadi penyelia peserta.
|
Suasana karnival sukan |
|
Barisan penyokong |
|
Acara penutup |
Walaupun berpanas, tapi Karnival Sukan ni tetap menyeronokkan di samping dapat mengenali pelajar dan guru-guru SMK Meradong. Maklumlah baru nk myesuaikan diri. Aku rasa happy sangat sebab mnyamnut hari jadi tahun ni dengan acara yang besar walaupun berjauhan dengan family. Ni bukan 1st time, dulu aku penah sambut kat sekolah, Matriks, UPSI dan paling tak akan lupa di Okan University, Istanbul. Tu sahajalah untuk post kali ni. Aku pun dah ngantuk, Sebarkan rasa cinta, baibai (=