Sunday, January 11, 2015

Kerana Shaheizy Sam

Assalammualaikum.

Seminggu lagi aku akan ke Sarawak. Kenapa ke Sarawak lagi? Kali ni bukan sebab melancong, tapi panggilan penempatan perguruan dah panggil aku. Aku ditempatkan di Sarawak. Hurm, mak cakap tulah, beriya aritu nak pegi Sarawak sangat. Dah ada yang berkenan smpai dapat mengajar kat sana. Mak memang selalu buat lawak. Abah pulak dah pasang niat nk melawat aku kat sana nanti. Kata abah, raya cina ni jangan balik, biar abah pegi sana. Mujurlah masa aku kat Istanbul dulu mak kerja lagi, kalau pencen macam sekarang ni mesti dah pegi melawat aku. Or another word, melancong sambil melawat anak. Haha.

Okeylah, cerita posting ke Sarawak tu akan aku update lagi lepas2 ni. Tu pun klau ada line intenet lah. Mintak2 lah ada. Hoho. Seminggu lagi untuk persiaan terakhir ke Sarawak. Aku masih di bumi Tanjung Malim. Alang2 tak balik lagi ni, aku gigihkan jugak nak tengok filem Manisnya Cinta di Cappodacia. Dua sebab je kenapa aku nak tgok, pertama sebab Shaheizy Sam, kedua pun sebab Shaheizy Sam. Haha. So mana2 individu yang mcam aku jugak, terasa nak file mi, nak amik link ni kerana Shaheizy Sam.

Anis Ayuni, penulis novel ni adalah kawan mak masa berkhidmat sewaktu di SM Padang Saujana Jerantut dulu2. Aku pun belum ada lagi masa tu. Banyak novel-novel beliau ada tersimpan kat umah. Aku baca novel ni masa aku tingkatan 3. Cepatnya masa berlalu. Time tu aku memang suka baca novel cinta2. Tapi sekarang aku lebih suka baca suratkhabar. Haha. Okey, sekian sahaja untuk entri kali ni. Sebarkan rasa cinta semanis cinta di Cappadocia. Selamat menonton!

3 comments: