Assalammualaikum.
Hari ni hilang semua enjoy bila baru kena "basuh" otak oleh orang2 di sekeliling. Fokus utama sekarang adalah habiskan apa yang dah mula. Apa dia? pastilah research aku yang macam agak tergendala gara-gara pening nak mulakan dari mana. Sekarang, aku fokus pada pembacaan jurnal-jurnal. Tahu atau tidak, nak jadi pengkaji tentang pelancongan ni terlebih dahulu kita perlu luas pemandangan dan pengetahuan sebagai seorang pelancong. Kajian aku ni lebih kepada gelagat pelancong tu sendiri.
Pembacaan dan pengolahan cerita kajian haruslah menarik.Alah, macam kita tengok filem jugak, permulaan cerita haruslah menarik, kalau tak, memang tak lakulah filem tu. So, untuk permulaan, baca apa jua bahan rangsangan tentang pelancongan. Apa jua. Termasuk pemplet tentang sesuatu tempat atau laman blog yang menyajikan informasi tantang sesebuah kawasan pelancongan.
kajian tentang sektor pelancongan ini agak baru di Malaysia, tetapi tidak di luar negara. Untuk mudah lagi boleh guna EBSCOHOST, EMERALD atau GOOGLE SCHOLAR pun dah banyak. Okey sekian, sampai sini dulu. Bye2 (=
Friday, June 27, 2014
Wednesday, June 25, 2014
-Universal Studio Singapore-
Assalammualaikum.
Okey, sakit-sakit badan kian hilang. Tapi penat berjalan mungkin tak hilang sepenuhnya lagi. Hari ni aku akan kisahkan tentang trip tak plan panjang ke USS!!!
Hari tu aku da post buat pasport tu kan? Sebenarnye nk ke singapore je..bukan Istanbul. Haha.. Apa yang menarik di USS? semestinya ada Bumblebee, Shrek dan banyak sgat2 lagi! Jom ber USS plak kita (=
Aku ke sana menaiki bas. Barulah adventure! Lagi pulak naik bas tak penat sgat drive, Hoho.Mula-mula aku naik bas ke KL, pegi TBS terus ke Larkin..Best? sangat best, perjalanan aje da best..Haha..kemudian, aku bermalam di JB rumah nenek sahabatku. Esoknya tibalah masa untuk berUSS! Ada banyak stesen dalam ni, ada Madagascar, Far Far Away, The Lost World dan banyak lagi. Pesanan, jika nak datang sini perlu satu hari suntuk.Macam aku aritu gerak aritu dari JB 9 pagi dan balik 830 malam. Seronok bukan kepalang.
Seriously, USS sangat sesuai untuk peringkat remaja dan kanak2 dewasa sikit lah. Budget? erm jom kira!!
Tiket bas pergi-balik lebih kurang RM110.
Tiket masuk (pass) $74+Tshirt sehela+iMakan (kawan belanja) RM21 -aku tukar $100 siap-siap = RM258
Pasport (kalau tak ada lagi) = RM100
Roughly dalam RM 468
Ok jugak tu..Pasport tu untuk dua tahun. So lepas ni boleh jalan-jalan tempat lain pulak kan? Hehe..Sekian post untuk Universal Studios Singapore! Bye2 (=
Okey, sakit-sakit badan kian hilang. Tapi penat berjalan mungkin tak hilang sepenuhnya lagi. Hari ni aku akan kisahkan tentang trip tak plan panjang ke USS!!!
Hari tu aku da post buat pasport tu kan? Sebenarnye nk ke singapore je..bukan Istanbul. Haha.. Apa yang menarik di USS? semestinya ada Bumblebee, Shrek dan banyak sgat2 lagi! Jom ber USS plak kita (=
Kawan-kawan |
Seriously, USS sangat sesuai untuk peringkat remaja dan kanak2 dewasa sikit lah. Budget? erm jom kira!!
Tiket bas pergi-balik lebih kurang RM110.
Tiket masuk (pass) $74+Tshirt sehela+iMakan (kawan belanja) RM21 -aku tukar $100 siap-siap = RM258
Pasport (kalau tak ada lagi) = RM100
Roughly dalam RM 468
Ok jugak tu..Pasport tu untuk dua tahun. So lepas ni boleh jalan-jalan tempat lain pulak kan? Hehe..Sekian post untuk Universal Studios Singapore! Bye2 (=
Kisah Aku dan Istanbul (4)
Assalammualaikum.
Setelah 3 siri penceritaan tentang Istanbultelah diceritakan, jom kita sama-sama meniti pembacaan kisah keempat pula. Apa yang menarik? Erm akuakan ceritakan tentang kisah pembelajaran dalam kelas sepanjang aku di Okan Universiti.
Aku perlu mengambil 4 kursus di Okan Universiti sebagai kursus pertukaran sepanjang semester pertukaran ini. Setelah membuat penelitian dan penyusunan jadual, kursus yang aku perlu ambil di sini ialah Marketing Management, Strategic Management, Transportation Management dan satu subjek Psikologi. Di UPSI, bagi pelajar berada di semester 6 perlu mngambil satu kursus khas untuk pergruan diberi nama kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran. Sebab itulah aku perlu mengambil 1 subjek di fakulti psikologi untuk setara dengan kursus tersebut. Kalau tak ambil? Alamatnya tak berpraktikum lah aku. Mugkin bagi pelajar UPSI faham kot.
Lagi satu, jika berminat boleh belajar bahasa Turki kerana ada kelas dibuka untuk pelajar antarabangsa, iaitu Basic Turkish Languange. Aku pun ambil lah peluang itu. Sepanjang pembelajaran di Okan University, memang sgat enjoy dan tak tertekan pun. Stress kadang-kadang pun sebab rindu family dan kawan-kawan di Malaysia je. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kursus paling aku suka ialah Strategic Management sebab aku tabik kat lecturer aku yang da berusia 70an. Ozer Ertuna namanya.
Sememangnya segala kenangan di Istanbul akanku semat sebagai kenangan terindagh dalam hidupku. Untuk kisah -kisah yang pula aku akan ceritakan pula tentang keajaiban dan keindahan Kota Istanbul dan tempat-tempat menarik yang aku sempat lawati di sana ye. Salah satunya tempat penggambaran filem ISTANBUL AKU DATANG!
Untuk sesiapa yang berminat melanjutkan pelajaran ke Istanbul terutama Okan University, boleh layari web ini http://www.okan.edu.tr/en sekian dahulu untuk masa ini. Bye2~
Setelah 3 siri penceritaan tentang Istanbultelah diceritakan, jom kita sama-sama meniti pembacaan kisah keempat pula. Apa yang menarik? Erm akuakan ceritakan tentang kisah pembelajaran dalam kelas sepanjang aku di Okan Universiti.
Di jeti Kadikoy, Istanbul |
Lagi satu, jika berminat boleh belajar bahasa Turki kerana ada kelas dibuka untuk pelajar antarabangsa, iaitu Basic Turkish Languange. Aku pun ambil lah peluang itu. Sepanjang pembelajaran di Okan University, memang sgat enjoy dan tak tertekan pun. Stress kadang-kadang pun sebab rindu family dan kawan-kawan di Malaysia je. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kursus paling aku suka ialah Strategic Management sebab aku tabik kat lecturer aku yang da berusia 70an. Ozer Ertuna namanya.
Bersama lecturer dan kawan-kawan kelas Strategic Management |
Sememangnya segala kenangan di Istanbul akanku semat sebagai kenangan terindagh dalam hidupku. Untuk kisah -kisah yang pula aku akan ceritakan pula tentang keajaiban dan keindahan Kota Istanbul dan tempat-tempat menarik yang aku sempat lawati di sana ye. Salah satunya tempat penggambaran filem ISTANBUL AKU DATANG!
Untuk sesiapa yang berminat melanjutkan pelajaran ke Istanbul terutama Okan University, boleh layari web ini http://www.okan.edu.tr/en sekian dahulu untuk masa ini. Bye2~
Saturday, June 14, 2014
KISAH AKU DAN ISTANBUL (3)
Assalammualaikum.
Okey, untuk kali ini aku akan ceritakan bagaimana aku mula-mula tejebak dengan pertukaran pelajar ni. Jom sama-sama baca ye!
Aku merupakan pelajar semester 4 (waktu itu) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Aku merupakan pelajar program Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan dengan Kepujian. UPSI merupakan satu-satunya universiti yang join venture dengan Internatioanal Student Exchange Programme (ISEP) yang bertapak di US. ISEP ni memang best, sebab program ni bekerjasama dengan banyak universiti seluruh dunia. Info lanjut http://www.isep.org/
Mula-mula, fakulti aku akan senaraikan 5 pelajar yang terbaik fakulti. Bukan nak sembang kencang, cuma syukur aku tergolong dalam 5 pelajar tu. Kemudian kalau antara 5 ni berminat, boleh lah bagi maklumat kepada fakulti. Kemudian, fakulti akan meminta 2 orang pensyarah telefon kita secara spontan. Dah lah time tu aku ada dalam kereta. Terkena pula kedua-dua pensyarah tu call time aku dalam kereta. Tapi Alhamdulillah lepas. Haha. Aku pun dah lupa nama pensyarah aku tu. Kemudian, pihak universiti adakan 1 tarikh untuk adakan ujian beertulis dan sedikit soal jawab (lisan). Masa tu memang mak dan abah berkorban ambil cuti sebab nak antar aku ke Tanjung Malim. Sebab masa tu tengah cuti semester, bulan 7 2011 kalau tak silap.
Rezeki menyebelahi aku, semua ujian aku tempuhi dengan lulus. Lepas tu barulah pihak universiti adakan perjumpaan pertama buat pelajar-pelajar yang berjaya. Cuma 8 orang sahaja yang terpilih. Itu merupakan 1st batch program ISEP di Malaysia dan paling bangga UPSI sahaja yang terpilih. Perjumpaan bersama TNC akademik waktu itu ialah Prof Omar. Agak pelik, sebab 6 orang lain akan ke US dan hanya aku dan Farhan sahaja memilih Istanbul, Turki. Beberapa kali juga aku perlu ulang alik balik UPSI untuk settlekan semua. Alhamdulillah syukur sekali lagi, segalanya berjalan dengan sempurna.
Untuk pengetahuan, sebelum berlepas, bagi pelajar antarabangsa, kita perlu ada studet visa. Harga untuk pelajar Malaysia ke Turki hanya RM180. Aku bernasib baik kerana segalanya ditanggung. Sesiapa berminat boleh join group ISEP-UPSI di facebook. HANYA PELAJAR UPSI SAHAJA LAYAK MEMOHON. Sekian untuk kali ini, Baibai (=
Friday, June 13, 2014
Suatu Kelibat
1.1.14
Ada satu kelibat,
Umpama segala tercukup sifat,
Terpaku aku melihat,
Adakah jiwa sudah terpikat?
Ada satu kelibat,
Dibasahi hujan lebat.
Ingin mengejar kaki tak larat,
Diri cuba menapak cepat-cepat.
Ada satu kelibat,
Tiada di mata tetap aku ingat,
Terduduk lama menghadap kiblat,
Ya tuhanku maha hebat,
Adakah aku sudah terjerat?
Ada satu kelibat,
Umpama segala tercukup sifat,
Terpaku aku melihat,
Adakah jiwa sudah terpikat?
Ada satu kelibat,
Dibasahi hujan lebat.
Ingin mengejar kaki tak larat,
Diri cuba menapak cepat-cepat.
Ada satu kelibat,
Tiada di mata tetap aku ingat,
Terduduk lama menghadap kiblat,
Ya tuhanku maha hebat,
Adakah aku sudah terjerat?
Aku dan Istanbul (2)
Assalammualaikum.
Hari ni aku akan bercerita mengenai saat aku tiba kota Istanbul. Tepat jam 0610 pagi, aku tiba di Attartuk International Airport. Dengan terkontang-kantingnya aku tiba jua di sini. Aku terbaca surat khabar sebelum aku berlepas, meyatakan Turki sedang mengalami musim sejuk ketika ini. Aku tak sabar rasenye nak menjenguk keluar. Tapi, apa-apa pun, solat itu yang penting. Sebelum berlepas juga aku ada semak waktu solat di Istanbul. Musim sejuk memang best, waktu siang pendek, tapi subuh sama dengan Malaysia. Keterujaan bertambah-tambah apabila aku cuba explore sendiri cari surau. Alhamdulillah di sini memang ada surau. Tapi ada kisah yang aku ceritakan dan kongsikan untuk para pembaca.
Di Turki, masjid atau surau yang ada sangat jarang disediakan tempat berwudhuk bagi wanita. Aku kena berwuduk dalam tandas atau paip luar bangunan. Haa, itulah pengalaman aku buat pertama kali menunaikan solat subuh di Istanbul. Usai solat, aku menelefon pegawai di International Office OkanUniversity menyatakan aku dan sahabatku selamat sampai pagi itu. Kami tunggu lebih kurang sejam dan akhirnya berjumpa dengan advisor kami, Emric. Orangnya tinggi lampai dan macam boleh belah 3 aku. Haha. Aku dan rakanku angkat bagasi kami dan terus ke van Okan University. Tulah kali pertama aku melihat suasana bandar Istanbul, dahulunya dikenali sebagai Konstatinopel. Macam bermimpi je. Siapa tahu rezeki masing-masing kan? Alhamdulillah. Syukur Ya Allah!
Lebih kurang 40 minit perjalanan, sampailah kami di Okan University. Tempat belajar aku untuk 6 bulan.
Okan Universiti, Tuzla, Istanbul |
Okan University ni beroperasi sejak tahun1999. Seriously, memang teruja sangat dengan sistem belajar kat sini. Setiap pensyarah mempunyai pembantu masing-masing. Aku rasa cara ni memamg terbaik lah. Tak payah sibuk-sibuk pensyarah nak amik tahu itu ini.Kerja pensyarah cuma mengajar je. Okey jom kita tengok apa ada kat Okan University ni, Mungkin ada yang berminat sambung belajar di Istanbul, Turki (=
tulisan tu maksudnya pusat pelajar |
Library Okan Unversity |
Sports Centre |
Pemandangan cantik di Okan University |
Thursday, June 12, 2014
Pasport kali ke-2
Assalammualaikum.
"Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan tahun ini hingga ke akhirnya. Aamin."
Sedar tak sedar hari ni tanggal 14 Syaaban dah. 2 minggu lagi InsyaAllah akan bertemu bulan Ramadhan bulan keberkatan. Semoga Ramadhan kali ni membawa rahmat buat kita semua. Hari ni aku dan sahabatku Dilah ke Pejabat ImigresenTemerloh. Nak buat pasport la kononnya. Ni kali ke2 aku buat pasport. Ingatkan renew dapatlah murah sikit. Taklah, sama je. Bayaran hanya RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun. Tapi macam dulu jugak, aku buat 2 tahun je.
Ada perbezaan sikit cara peprosesan pasport kali ni. Kalau dulu kita kena bawa sekeping gambar pasport. Tapi sekarang kena amik gambar di situ juga. Mungkin nak seragamkan semua wajah-wajah indah warga Malaysia. Masa buat tu ada masalah sikit. Mesin pencetakan pasport ada masalah. So, mungkin lebih sejam baru siap. Aku dan Dilah bersama adiknya pergi StarMall Mentakab dulu lepak tengok How To Train Your Dragon 2. Memang best cerita tu. So beberapa jam kemudian barulah kami datang ambil pasport yang dah siap.Terima kasih buat pegawai yang bertugas.Alhamdulillah siap juga.
Perkara yang membezakan pasport dulu dan sekarang:
- tidak perlu bawa gambar
-tidak perlu isi borang cuma ada slip untuk diisi
Apa-apa pun, semuanya cekap dan efisien. Ke mana destinasi seterusnya? Tunguuuuu~
SALAM NISFU SYA'BAN.
"Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan tahun ini hingga ke akhirnya. Aamin."
Sedar tak sedar hari ni tanggal 14 Syaaban dah. 2 minggu lagi InsyaAllah akan bertemu bulan Ramadhan bulan keberkatan. Semoga Ramadhan kali ni membawa rahmat buat kita semua. Hari ni aku dan sahabatku Dilah ke Pejabat ImigresenTemerloh. Nak buat pasport la kononnya. Ni kali ke2 aku buat pasport. Ingatkan renew dapatlah murah sikit. Taklah, sama je. Bayaran hanya RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun. Tapi macam dulu jugak, aku buat 2 tahun je.
Kaunter serahan |
Pasport Baru |
- tidak perlu bawa gambar
-tidak perlu isi borang cuma ada slip untuk diisi
Apa-apa pun, semuanya cekap dan efisien. Ke mana destinasi seterusnya? Tunguuuuu~
SALAM NISFU SYA'BAN.
Wednesday, June 11, 2014
Kisah Aku Dan Istanbul (1)
Assalammualaikum.
Emak ada telefon Cik Se yang pernah belajar di US dulu. Dia pun tergelak dengan barang-barang yang aku packing. Dia sempat berpesan bawa barang keperluan macam baju, baju tebal sebab kalau beli kat sana agak mahal. Lagipun beg boleh diisi berat 20kg je. Hai, macam-macam aku nak bawak, tapi semua kena keluarkan semula. Usai solat Zohor, kami sekeluarga bertolak ke KLIA. Agak awal sebenarnya, tap abah cakap biarlah sampai awal takut ada apa-apa tengah jalan. Aku call Falissa, sahabatku yang beriya-iya nak hantar aku malam nanti. Fiza, sahabat baikku juga ingin menghantarku. Alangkah gembira tak terhingga di hati ini sebab mempunyai sahabat-sahabat yang tersangatlah baiknya.
Setelah sekian lama, ak teringin untuk menulis tetapi tiada kesempatan yang terluang seperti sekarang. Apa yang aku telah lalui aku ingin coretkan di sini. Pengalaman paling manis yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Tanggal 23 Januari 2012,masa 0030 aku berlepas ke Istanbul, Turki. Aku terpilih untuk pertukaran pelajar ke Universiti Okan, Tuzla, Istanbul, Turki. Ketika itu aku berada di semester 6. Mari sama-sama mengimbas kembali pada waktu itu....
Aku, emak, abah, kak long dan abang mat (ahli keluargaku) bersiap-siap untuk menghantar aku ke KLIA. Penerbangan aku ke Istanbul memakan masa 11 jam 30 minit. Alhamdulillah, segalanya ditanggung kecuali duit poket. Aku macam tiada perasaaan ketika itu. Agak kelakar sebab aku tak pernah packing barang untuk destinasi sejauh dan selama itu. 5 bulan kot. Aku pun tak tahu apa yang haru aku bawa.
Tiket ke Istanbul |
Malam itu.
Aku bersama keluargaku solat jamak maghrib dan isyak di salah satu surau di KLIA. Kakngah sampai bersama Abang Raja. Dia pun iya-iya nak antar aku. Ish, semua nak datang,haha. Aku tidak pergi keseorangan, aku bersama seorang lagi sahabatku, Mohamad Farhan. Dia ni kira otai dalam kelas aku. Nasib baik dia ada sekali, kalau tak, mesti mak tak bagi aku pergi,huhu. Setelah bersalam-salaman dengan semua, tepat jam 2330, pengumuman pesawat aku akan berlepas. Pengawal yang jaga di situ berpesan supaya cepat-cepat perfi, sebab ruang menunggu penerbangan antarabangsa agak jauh dan perlu menaiki tren. Aku dan Farhan pun meninggalkan keluarga masing-masing dan menuju ke ruang menunggu. Aku sendiri tak tau apa perasaan aku ketika itu. Sedih ke gembira ke? Tepat jam 0030, pesawat boeing777-200 pun berlepas menuju ke destinasiku, Attartuk International Airport. Vrooom Vroom! Jumpa lagi di lain masa ye.To be continued~
Jejaklancong Benta-Jerantut
Jadual bas Benta-Jerantut
Assalammualaikum.
Last weekend aku ke Raub menghadiri kenduri kahwin kawan aku di Felda Tersang 2. Hala balik kakak aku hantar aku ke Benta untuk menaiki bas pulang ke Jerantut. Percaya atau tidak setelah sekian lama aku tidak menaiki bas itu. Last seingat aku time aku tadika kot. Memang begitu klasik bas ini. Aku ada sertakan juga jadual bas di sini. Selamat menaiki bas Pahang Lin Siong. Untuk pengetahuan, bermula Jun ni bas Jengka Liner mula beroperasi. Bas Jengka Liner jauh lebih selesa dan ada berhawa dingin. Tambang Benta-Jerantut cuma RM6.25 sahaja (=

Jadual bas Jengka Liner |
Jadual bas Pahang Lin Siong |
Pandangan dari dalam bas Lin Siong |
Thursday, June 5, 2014
Ku lagu cinta bisu
-KATA-KATA LAHIR DARI JIWA SANG MALANG-
Dahulu diburu sang penipu,
Kini diburu sang peminta syahdu.
Riak itu bukan sifatku,
Harap juga bukan sifatku.
Meraih cinta doa,
Kerana doa pengubat segala kebuntuan.
Sama-sama mengejar pelangi,
Walau tiada tahu di mana penghujungnya.
Senjata Islam adala doa.
Maksud solat itu sendiri ialah doa bersama pergerakan.
Ayuh.
Buka mata buka hati.
Sesungguhnya Allah SWT merindui alunan doa hambaNya.
Berjalan tanpa henti.
Moga setiap langkah diberkati.
Kita hamba. Dia Pencipta.
Syahdu.
Tenang bila bersamamu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rohim.
Kepintaran akal,
Bersama pengalaman jitu,
InsyaAllah berguna pada masa hadapan.

Monday, June 2, 2014
Tulisanku Berbicara
15.1.2013
Pertama kali,
Tulisanku berbicara,
Walau lidah kelu,
Walau bibir tidak terkata,
Suara hati tetap menari-nari,
Tanpa segan silu.
Pena bermata bulat,
Dahulu masih berguna,
Bicara penulisan bukan paksaan,
Semakin dimamah waktu,
Semakin fasih tariannya.
Bicara tulisan kini masih asing,
Bukan untuk dipamer,
Bukan untuk dipuja,
Cuma teladan iktibar yang ingin dihidang,
Tatapan buat sang puisi malang.

Erti Kesyukuran Selepas Kehilangan
26.12.2013
Hilang,
Aku semakin buntu,
Tiada lagi kemewahan diri,
Tiada lagi bermegah diri,
Apa yang tinggalkini,
Hanya cukup menampung diri,
Hari yang malang,
Jiwaku tidak tenang,
Amarah semakin melayang,
Usaha diri tetap kecundang,
Aku hanya mampu memandang.
Bersyukur,
Hari dilalui semakin cerah,
Kehilangan itu tidak parah,
Rezeki diri kian mencurah,
Tiada lagi yang mencelah.
Yang Maha kuasa,
Tiadaku meminta-minta,
Mengucap syukur tidak terhingga,
Selama hidup aku alpa,
Tiada yang berhak melainkan yang Esa.
Hilang,
Aku semakin buntu,
Tiada lagi kemewahan diri,
Tiada lagi bermegah diri,
Apa yang tinggalkini,
Hanya cukup menampung diri,
Hari yang malang,
Jiwaku tidak tenang,
Amarah semakin melayang,
Usaha diri tetap kecundang,
Aku hanya mampu memandang.
Bersyukur,
Hari dilalui semakin cerah,
Kehilangan itu tidak parah,
Rezeki diri kian mencurah,
Tiada lagi yang mencelah.
Yang Maha kuasa,
Tiadaku meminta-minta,
Mengucap syukur tidak terhingga,
Selama hidup aku alpa,
Tiada yang berhak melainkan yang Esa.
Pengalaman menaiki feri di Kota Istanbul~
Assalammualaikum.
Hari ni belek-belek gambar lama-lama tiba-tiba teringat tentang kenangan manis di Istanbul. Ni adalah gambar-gambar yang aku ambil sepanjang tempoh pertukaran pelajar aku di sana. Pengangkutan awam yang paling popular dan menjadi pilihan penduduk setempat ialah dengan menaiki feri. Banyak pengalaman yang aku telah aku peroleh di sana. Nanti aku akan ceritakan 1 per1 dalam blog ni. Harap dapat ke sana lagi satu masa nanti! Aamin. (=

Jambatan Golden Horn |
Di jeti Eyup |
Subscribe to:
Posts (Atom)