Assalammualaikum.
Hari ni aku akan bercerita mengenai saat aku tiba kota Istanbul. Tepat jam 0610 pagi, aku tiba di Attartuk International Airport. Dengan terkontang-kantingnya aku tiba jua di sini. Aku terbaca surat khabar sebelum aku berlepas, meyatakan Turki sedang mengalami musim sejuk ketika ini. Aku tak sabar rasenye nak menjenguk keluar. Tapi, apa-apa pun, solat itu yang penting. Sebelum berlepas juga aku ada semak waktu solat di Istanbul. Musim sejuk memang best, waktu siang pendek, tapi subuh sama dengan Malaysia. Keterujaan bertambah-tambah apabila aku cuba explore sendiri cari surau. Alhamdulillah di sini memang ada surau. Tapi ada kisah yang aku ceritakan dan kongsikan untuk para pembaca.
Di Turki, masjid atau surau yang ada sangat jarang disediakan tempat berwudhuk bagi wanita. Aku kena berwuduk dalam tandas atau paip luar bangunan. Haa, itulah pengalaman aku buat pertama kali menunaikan solat subuh di Istanbul. Usai solat, aku menelefon pegawai di International Office OkanUniversity menyatakan aku dan sahabatku selamat sampai pagi itu. Kami tunggu lebih kurang sejam dan akhirnya berjumpa dengan advisor kami, Emric. Orangnya tinggi lampai dan macam boleh belah 3 aku. Haha. Aku dan rakanku angkat bagasi kami dan terus ke van Okan University. Tulah kali pertama aku melihat suasana bandar Istanbul, dahulunya dikenali sebagai Konstatinopel. Macam bermimpi je. Siapa tahu rezeki masing-masing kan? Alhamdulillah. Syukur Ya Allah!
Lebih kurang 40 minit perjalanan, sampailah kami di Okan University. Tempat belajar aku untuk 6 bulan.
|
Okan Universiti, Tuzla, Istanbul |
Okan University ni beroperasi sejak tahun1999. Seriously, memang teruja sangat dengan sistem belajar kat sini. Setiap pensyarah mempunyai pembantu masing-masing. Aku rasa cara ni memamg terbaik lah. Tak payah sibuk-sibuk pensyarah nak amik tahu itu ini.Kerja pensyarah cuma mengajar je. Okey jom kita tengok apa ada kat Okan University ni, Mungkin ada yang berminat sambung belajar di Istanbul, Turki (=
|
tulisan tu maksudnya pusat pelajar |
|
Library Okan Unversity |
|
Sports Centre |
|
Pemandangan cantik di Okan University |
asssalamualaikum. nak tanya, Ammara study apa di Istanbul selaa 6 bulan? Ammara dapat scholarship ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam,siti nor hawa,sy ke istanbul untuk pertukaran pelajar,under pgram isep.ha ah,dapat scholarship cover yuran pgajian,makan dan hostel 😊
Delete