Setelah sekian lama, ak teringin untuk menulis tetapi tiada kesempatan yang terluang seperti sekarang. Apa yang aku telah lalui aku ingin coretkan di sini. Pengalaman paling manis yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Tanggal 23 Januari 2012,masa 0030 aku berlepas ke Istanbul, Turki. Aku terpilih untuk pertukaran pelajar ke Universiti Okan, Tuzla, Istanbul, Turki. Ketika itu aku berada di semester 6. Mari sama-sama mengimbas kembali pada waktu itu....
Aku, emak, abah, kak long dan abang mat (ahli keluargaku) bersiap-siap untuk menghantar aku ke KLIA. Penerbangan aku ke Istanbul memakan masa 11 jam 30 minit. Alhamdulillah, segalanya ditanggung kecuali duit poket. Aku macam tiada perasaaan ketika itu. Agak kelakar sebab aku tak pernah packing barang untuk destinasi sejauh dan selama itu. 5 bulan kot. Aku pun tak tahu apa yang haru aku bawa.
Tiket ke Istanbul |
Malam itu.
Aku bersama keluargaku solat jamak maghrib dan isyak di salah satu surau di KLIA. Kakngah sampai bersama Abang Raja. Dia pun iya-iya nak antar aku. Ish, semua nak datang,haha. Aku tidak pergi keseorangan, aku bersama seorang lagi sahabatku, Mohamad Farhan. Dia ni kira otai dalam kelas aku. Nasib baik dia ada sekali, kalau tak, mesti mak tak bagi aku pergi,huhu. Setelah bersalam-salaman dengan semua, tepat jam 2330, pengumuman pesawat aku akan berlepas. Pengawal yang jaga di situ berpesan supaya cepat-cepat perfi, sebab ruang menunggu penerbangan antarabangsa agak jauh dan perlu menaiki tren. Aku dan Farhan pun meninggalkan keluarga masing-masing dan menuju ke ruang menunggu. Aku sendiri tak tau apa perasaan aku ketika itu. Sedih ke gembira ke? Tepat jam 0030, pesawat boeing777-200 pun berlepas menuju ke destinasiku, Attartuk International Airport. Vrooom Vroom! Jumpa lagi di lain masa ye.To be continued~
No comments:
Post a Comment