Okey, untuk kali ini aku akan ceritakan bagaimana aku mula-mula tejebak dengan pertukaran pelajar ni. Jom sama-sama baca ye!
Aku merupakan pelajar semester 4 (waktu itu) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Aku merupakan pelajar program Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan dengan Kepujian. UPSI merupakan satu-satunya universiti yang join venture dengan Internatioanal Student Exchange Programme (ISEP) yang bertapak di US. ISEP ni memang best, sebab program ni bekerjasama dengan banyak universiti seluruh dunia. Info lanjut http://www.isep.org/
Mula-mula, fakulti aku akan senaraikan 5 pelajar yang terbaik fakulti. Bukan nak sembang kencang, cuma syukur aku tergolong dalam 5 pelajar tu. Kemudian kalau antara 5 ni berminat, boleh lah bagi maklumat kepada fakulti. Kemudian, fakulti akan meminta 2 orang pensyarah telefon kita secara spontan. Dah lah time tu aku ada dalam kereta. Terkena pula kedua-dua pensyarah tu call time aku dalam kereta. Tapi Alhamdulillah lepas. Haha. Aku pun dah lupa nama pensyarah aku tu. Kemudian, pihak universiti adakan 1 tarikh untuk adakan ujian beertulis dan sedikit soal jawab (lisan). Masa tu memang mak dan abah berkorban ambil cuti sebab nak antar aku ke Tanjung Malim. Sebab masa tu tengah cuti semester, bulan 7 2011 kalau tak silap.
Rezeki menyebelahi aku, semua ujian aku tempuhi dengan lulus. Lepas tu barulah pihak universiti adakan perjumpaan pertama buat pelajar-pelajar yang berjaya. Cuma 8 orang sahaja yang terpilih. Itu merupakan 1st batch program ISEP di Malaysia dan paling bangga UPSI sahaja yang terpilih. Perjumpaan bersama TNC akademik waktu itu ialah Prof Omar. Agak pelik, sebab 6 orang lain akan ke US dan hanya aku dan Farhan sahaja memilih Istanbul, Turki. Beberapa kali juga aku perlu ulang alik balik UPSI untuk settlekan semua. Alhamdulillah syukur sekali lagi, segalanya berjalan dengan sempurna.
Untuk pengetahuan, sebelum berlepas, bagi pelajar antarabangsa, kita perlu ada studet visa. Harga untuk pelajar Malaysia ke Turki hanya RM180. Aku bernasib baik kerana segalanya ditanggung. Sesiapa berminat boleh join group ISEP-UPSI di facebook. HANYA PELAJAR UPSI SAHAJA LAYAK MEMOHON. Sekian untuk kali ini, Baibai (=
Menarik...x sabar tunggu kisah ke 4...:)
ReplyDeleteTerima kasih (=
Delete